Calon Naib Presiden FAM Paling Muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perkara yang dianggap mustahil pada peringkat awal namun mampu iaitu berjaya menukar status pasukan daripada persatuan (FA) kepada kelab (FC) sekali gus mencipta sejarah dalam arena bola sepak negara.

Perkara terbabit dilakukan oleh calon paling muda Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Firdaus Mohamed dalam mencapai matlamat terbabit yang sepatutnya direalisasikan lapan tahun lalu

Mohd Firdaus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM berkata, proses penswastaan adalah penting dalam meletakkan industri bola sepak negara ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, segala penat lelahnya bersama pihak lain akhirnya terbayar apabila melihat pasukan bola sepak ketika ini sudah bernaung sebagai entiti swasta.

Katanya, pencalonan sebagai naib Presiden FAM sememangnya perkara tidak diduga berikutan usianya masih muda berbanding calon lain yang lebih berpengalaman.

“Apa yang boleh saya katakan adalah biarlah orang lain menilai hasil kerja selama ini sebelum membuat pemilihan sama ada saya layak menyandang jawatan terbabit atau sebaliknya.

“Saya lebih menumpukan tanggungjawab yang diberikan oleh persatuan dan segala-galanya demi memastikan industri bola sepak negara lebih berjaya. “Amanah dan tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksana dengan baik serta berjaya. Itu adalah perkara yang saya pegang sehingga sekarang,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, Pemilihan kongres FAM kali ke-57 menyaksikan dua jawatan tertinggi badan induk itu tidak dicabar langsung.

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tampaknya sudah menemui pemenang apabila Datuk Hamidin Mohd Amin muncul satu-satunya calon tunggal yang dinamakan untuk terus memimpin FAM bagi penggal 2021-2025.

Kerusi Timbalan Presiden juga menyaksikan hanya dua nama dicalonkan iaitu penyandang sebelum ini, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram berjaya meraih kepercayaan ahli gabungan badan induk itu kali ini.

Bagaimanapun, perebutan empat slot dalam jawatan Naib Presiden dilihat agak sengit dengan lima tokoh bola sepak tempatan dicalonkan.

Begitupun daripada lima calon itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed dilihat calon hangat untuk memenangi salah satu kerusi terbabit.

Ia berdasarkan kepada kemampuannya melaksanakan agenda perubahan seperti program penswastaan membabitkan semua pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Selain Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) itu, empat lagi calon adalah Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Posa Majais, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Seri Afandi Hamzah – Harian metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat