Hati Uyaina ‘koyak’ dikritik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Biarpun baru tiga minggu mengacarakan program Famili Duo, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berdepan pelbagai kritikan negatif di laman sosial sehingga terdetik untuk menarik diri.

Uyaina yang membaca setiap teguran dan komen negatif yang diberikan bagaimanapun menjadikan ia pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

“Saya membaca kesemua komen diberikan. Saya menerima segala komen negatif dan positif sebagai pembakar semangat. Saya mohon diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan berharap kekal bersama saya dalam perjuangan ini.

“Mengacarakan program secara berseorangan tidak mudah. Banyak yang perlu saya belajar walaupun ada terdetik rasa patah semangat dan nak tarik diri ketika membaca komen-komen yang diberikan,” katanya.

Enggan membiarkan komen negatif mematahkan semangatnya, Uyaina memohon sokongan daripada semua pihak untuk melihat dirinya bangkit dan berjaya.

“Jika dilihat pengacara hebat tanah air pun pernah menjadi ‘orang baru’ dan mereka juga jadi bagus secara berperingkat. Saya harap saya juga begitu.

“Bagi saya proses untuk menjadi bagus itu bukan mudah. Apa yang saya lalui sekarang adalah proses pembelajaran. Doakan kejayaan saya,” katanya.

Famili Duo adalah program realiti berkongsepkan pertandingan nyanyian famili dengan menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga mereka.

Selain menyaksikan pembabitan Uyaina sebagai pengacara, program terbabit turut menampilkan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat