Taylor Swift saman taman tema

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi Taylor Swift, 32, memfailkan saman terhadap Evermore Theme Park atas tuduhan menggunakan muziknya tanpa kebenaran.

Menerusi saman itu, taman tema terbabit dilaporkan tidak mempedulikan notis daripada pengurusan hakcipta muzik, BMI, sebaliknya terus menggunakan lagu Swift secara percuma.

Selain itu, taman tema terbabit mengabaikan amaran berkenaan meskipun tahu mereka boleh dikenakan penaliti mengikut Akta Hakcipta yang ditetapkan untuk melindungi hak artis itu.

Pengurusan Swift juga mendapati taman tema itu memasang lagunya tanpa pemilikan perlesenan yang sah. Bukan setakat Swift, lagu-lagu Katy Perry, Abba, The Beatles, Billy Joel, Britney Spears, Journey, Queen, Weezer, Whitney Houston, dan ramai lagi dimainkan tanpa kebenaran.

Pihak guamannya kini mendesak untuk membicarakan kes terbabit. Mereka berjanji untuk berjuang keras memastikan hakciptanya dilindungi daripada tindakan dilarang itu.

Saman itu difailkan susulan daripada tindakan taman tema terbabit menyaman Swift kerana menggunakan judul evermore untuk album baharunya. Saman terbabit dibuat terhadapnya lebih tiga minggu lalu.

Menurut Evermore Theme Park, penyanyi terbabit menyebabkan kekeliruan jenama kepada klien mereka. Tidak ketinggalan, dia dikatakan melanggar undang-undang daripada segi pemasaran dan barangan cenderahati.

Agensi

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat