‘Peminat suka ada lirik bahasa Korea’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon popular Elly Mazlein mengakui teruja apabila single terbaharunya, Dusta Cinta menerima maklum balas positif daripada peminat muzik tempatan.

Elly atau mesra disapa Kak Lina berkata, antara yang mencuri perhatian pendengar adalah lirik bahasa Korea yang diselitkan dalam salah satu ‘verse’ lagu ciptaan Aina Abdul itu.

“Alhamdulillah, tidak menjangka lagu ini mendapat respons yang begitu baik daripada peminat, lebih-lebih satu ‘verse’ bahasa Korea dalam lagu ini.

“Saya dan syarikat rakaman bersepakat untuk menyelitkan bahasa Korea dalam lagu ini kerana melihat kepada fenomena masyarakat Malaysia yang menyukai drama dan lagu Korea.

“Malah saya juga peminat Korea. Jadi, tak salah rasanya kita bawakan sedikit pembaharuan yang baik dan sentuhan berbeza untuk single terbaharu ini,” katanya.

Menurut Kak Lina, peminat tidak sabar untuk melihat dirinya menyanyikan secara langsung lagu itu.

“Disebabkan lirik lagu ini diselitkan bahasa Korea, saya menerima pelbagai mesej daripada orang ramai yang tak sabar nak lihat saya nyanyikannya secara langsung.

“Saya bersyukur ketika proses rakaman, Aina dan Life Records banyak membantu untuk memastikan sebutan bahasa Korea dibuat dengan betul. Aina ada bertanya dengan sahabatnya yang menetap di Korea ketika itu. Begitu juga dengan Life Records yang sentiasa memastikan sebutan bahasa Korea dirakam dengan tepat,” katanya.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya, Aina Abdul itu kini menduduki carta trending nombor 32 di YouTube.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat