JKNS Siasat Dakwaan Pengabaian Punca Kematian Pesakit Di Hospital Serdang

- Advertisement -

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berlaku pengabaian sehingga mengakibatkan kematian seorang pesakit warga emas di Hospital Serdang, baru-baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pesakit berusia 64 tahun itu diberi rawatan sewajarnya bagi penyakit jantung dan ditempatkan di wad kecemasan selepas hadir pada 26 Januari lalu.

“Sewaktu berada di wad Kardiologi, pemeriksaan dan rawatan diteruskan selain penerangan kepada pesakit dan keluarga oleh pakar perubatan.

“Pesakit telah dijadualkan menjalani prosedur bagi penyakit jantung namun situasi kesihatannya tidak mengizinkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Sha’ari, keadaan kesihatan pesakit kemudian merudum secara tiba-tiba ketika berada dalam wad semasa rawatan dan pasukan Kardiologi telah berusaha menyelamatkan pesakit menerusi resusitasi namun tidak dapat diselamatkan.

“Jabatan Kecemasan dan Jabatan Kardiologi Hospital Serdang telah menjalankan tugasan sehabis baik meskipun berdepan jumlah pesakit yang tinggi.

“Siasatan terperinci bagaimanapun masih dijalankan hospital itu dan JKNS. Pihak hospital akan berhubung dengan keluarga mendiang bagi perbincangan lebih lanjut (conferencia familiar) mengenai kes itu,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat