Pasangan Iran Dihukum Penjara 10 Tahun Kerana Menari Di Tepi Jalan

- Advertisement -

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara lebih 10 tahun selepas menyiarkan video mereka sedang menari di jalan, lapor akhbar Saudi Gazette hari ini.

Astiazh Haqiqi, 21, dan tunangnya, Amir Mohammad Ahmadi, 22, disabitkan bersalah atas dakwaan ‘mempromosikan rasuah dan pelacuran, bersekongkol menentang keselamatan negara dan menyebar propaganda menentang pemerintah’.

Sumber memberitahu Badan Penyiaran Britain (BBC) bahawa penahanan pasangan itu berlaku selepas mereka menyiarkan video di akaun Instagram mereka yang mempunyai gabungan pengikut mencecah dua juta.

Video yang tersebar memaparkan situasi mereka menari di tepi Menara Azadi di Teheran.

Rumah keluarga Astiazh yang mendedahkan profesionnya sebagai pereka fesyen, diserbu sebelum ditahan.

Tidak jelas berapa lama hukuman bagi setiap sabitan berasingan yang mereka hadapi. Bagaimanapun, tempoh hukuman penjara untuk semua pertuduhan adalah selama 10 tahun setengah.

Menurut laporan, mereka juga dikenakan larangan dua tahun daripada menggunakan media sosial dan tidak dibenarkan meninggalkan negara itu. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat