Rampasan kuasa di Myanmar, talian telefon, internet dimatikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR– Media antarabangsa melaporkan Myanmar kini dipercayai di ambang rampasan kuasa setelah pemimpin tertinggi negara itu termasuk Aung San Suu Kyi telah ditangkap oleh pihak tentera awal pagi ini.

Agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Myo Nyunt, mengesahkan penahanan tersebut.

“Penasihat Negeri, Aung San Suu Kyi dan beberapa tokoh kanan lain ditahan di ibu negara (Naypyidaw).

“Tentera nampaknya menguasai ibu negara sekarang,” kata Myo Nyunt.
Menurut The New York Times, talian internet dan juga perkhidmatan telefon nampaknya mengalami gangguan di dua bandar utama di Myanmar.

Langkah-langkah itu dilakukan selepas beberapa hari berlakunya ketegangan di antara kerajaan awam dan tentera.

Pihak tentera mendakwa bahawa wujudnya penipuan dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini, lapor CNN.

Dalam pilihan raya yang berlangsung pada November tahun lalu itu, NLD menang 396 daripada 498 kerusi Parlimen.

Dalam kenyataan Sabtu lalu, tentera berkata beberapa kenyataan daripada pimpinan tertingginya berkenaan pemansuhan perlembagaan telah disalah tafsir media dan beberapa pihak lain.

Ia juga menafikan mengancam untuk melakukan rampasan kuasa apabila membangkitkan dakwaan penipuan dalam pilihan raya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat