Nilai R semakin naik, kadar penularan Covid semakin laju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas 19 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijalankan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi ini melaporkan Nilai R atau R Nought meningkat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di Facebooknya berkata, Nilai R semakin naik bermakna kadar penularan Covid semakin laju.

“Pagi ini, KKM lapor Nilai R Covid naik lagi selepas 19 hari PKP. Nilai R atau R Nought, iaitu kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan telah naik sejak beberapa hari lepas.

“KKM kata R nought; naik 0.4 ke 1.14 pada 30 Januari; naik 0.5 ke 1.10 pada 29 Januari; naik 0.2 ke 1.05 pada 27 Januari; pada 26 Januari, nilai R adalah 1.03,” tulis Najib.

Beliau turut memetik, kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 6 Januari lalu iaitu R nought yang telah naik ke 1.10 adalah petanda bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah gagal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat