Rampasan Kuasa Di Myanmar, Talian Telefon, Internet Dimatikan

KUALA LUMPUR – Media antarabangsa melaporkan Myanmar kini dipercayai di ambang rampasan kuasa setelah pemimpin tertinggi negara itu termasuk Aung San Suu Kyi telah ditangkap oleh pihak tentera awal pagi ini.

Agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Myo Nyunt, mengesahkan penahanan tersebut.

“Penasihat Negeri, Aung San Suu Kyi dan beberapa tokoh kanan lain ditahan di ibu negara (Naypyidaw).

“Tentera nampaknya menguasai ibu negara sekarang,” kata Myo Nyunt.

Menurut The New York Times, talian internet dan juga perkhidmatan telefon nampaknya mengalami gangguan di dua bandar utama di Myanmar.

Langkah-langkah itu dilakukan selepas beberapa hari berlakunya ketegangan di antara kerajaan awam dan tentera.

Pihak tentera mendakwa bahawa wujudnya penipuan dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini, lapor CNN.

Dalam pilihan raya yang berlangsung pada November tahun lalu itu, NLD menang 396 daripada 498 kerusi Parlimen.

Dalam kenyataan Sabtu lalu, tentera berkata beberapa kenyataan daripada pimpinan tertingginya berkenaan pemansuhan perlembagaan telah disalah tafsir media dan beberapa pihak lain.

Ia juga menafikan mengancam untuk melakukan rampasan kuasa apabila membangkitkan dakwaan penipuan dalam pilihan raya.

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Penunjuk Perasaan Antikerajaan Kembali Ke Jalanan, Ingkar Perintah baharu Larangan Perhimpunan Awam

BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan kembali turun ke jalanan pada Sabtu sekali gus mengingkari perintah baharu yang melarang perhimpunan awam di Bangkok dan...

Covid-19: Kes Global Kembali Meningkat

MOSCOW: Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Lebih 2.6 juta...

Bakal jemaah haji wajib divaksin arahan Arab Saudi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini. Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata ia merupakan antara...