Pelakon utama Takdir Yang Tertulis bukan pilihan pertama

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin mengakui tidak terkilan apabila pilihan pertama, kedua dan ketiga bagi membintangi watak utama drama Takdir Yang Tertulis tidak dapat menjayakan drama itu.

Antara pelakon yang disenaraikan adalah Janna Nick, Mira Filzah, Datin Diana Danielle, Amyra Rosli, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Ungku Ismail, Hisyam Hamid dan ramai lagi.

Bagaimanapun, hasil perbincangan dan persetujuan bersama pihak TV3, pelakon Nad Zainal (Juweta), Nazim Otman (Azlan), Elvina Mohamad (Ruhila) dan Alvin Chong (Ean) dipilih berlakon dalam drama yang ditayangkan di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

“Zaman terkilan dah berakhir, itu kisah dulu. Saya sudah buat drama menerusi syarikat Radius One pun sudah lebih 26 tahun, jadi zaman nak terkilan, senarai kena tolak itu sudah berlalu.

“Macam sekarang saya selalu fikir positif, kalau tak boleh tak apa. Saya faham kenapa segelintir pelakon yang saya pilih ditolak oleh stesen TV. Ada banyak isu seperti jadual, tak nak ulang muka sama dan banyak lagi, Kadang stesen TV ada percaturan sendiri.

“Itu sebab apabila tak dapat pilihan pertama, bagi nama untuk kedua pula, tak dapat kedua, ketiga pula. Saya sudah lali dengan perkara sebegini. Tapi tak semua cadangan TV3 saya terima. Kita ada ‘healthy argument’ antara saya dan stesen TV. Kadang stesen TV cadangkan nama ini, saya tak nak, saya cadang, TV pula tak nak,” katanya kepada Harian Metro.

 

POSTER Takdir Yang Tertulis. FOTO IG
POSTER Takdir Yang Tertulis. FOTO IG

 

Shahrulezad yang juga pengarah drama Nur berkata, antara sebab masalah itu wujud adalah selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) petama tahun lalu.

“Antara sebab pilihan pertama, kedua dan ketiga tak dapat sebab ia selepas PKP. Selepas PKP semua artis berterabur yang mana produksi buat penggambaran serentak. Jadi artis tak ada.

“Itu sebab juga drama ini tertangguh beberapa kali sebab tidak artis yang kedua pihak bersetuju. Akhir sekali, apa yang ada iaitu Nad Zainal, Elvina Mohamad, Nazim Othman dan Alvin Chong. Saya terima dengan hati terbuka sebab saya bersetuju. Saya boleh bayangkan lakonan mereka macam mana dan tidak ada masalah dengan watak yang saya buat ini. Cuma saya ada beberapa perubahan di lokasi penggambaran.

“Alhamdulillah, walaupun mereka bukan pilihan pertama, kedua dan ketiga, tapi saya bangga mereka berikan hasilkan terbaik. Mereka melakonkan watak diberikan dengan bagus sehingga menjadi sebutan ramai sekarang,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat