Pilihan terakhir, percaya pada rezeki

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Nad Zainal mengakui tidak ralat apabila menjadi pilihan terakhir bagi melakonkan watak Juweta dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang ditayangkan di TV3.

Nad, 31, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia menyifatkan itu adalah rezeki yang sudah tertulis buat dirinya.

“Saya dan Elvina bukanlah pilihan pertama, kami adalah pilihan terakhir. Nak dijadikan cerita, saya ini kira pengganti Janna Nick dan Diana Danielle. Saya pun fikir banyak kali, sebab cerita ini sama dengan Hati Yang Tersakiti. Saya tak nak ada pengulangan.

“Saya gementar juga menjadi pilihan terakhir, sebab mesti pengarah sudah ada bayangan macam mana watak ini nak dibawa, jadi saya harap mereka yakin saja dengan saya,” katanya.

Dalam masa sama, Nad berkongsi namanya banyak kali ditolak pihak tertentu untuk membintangi drama atau filem.

“Bercakap mengenai drama Nur 2, watak Juita saya menjadi pilihan pertama untuk watak itu. Tapi ada alasan tertentu kenapa watak itu tak diberikan kepada saya. Saya pun okay saja. Sebab masa awalnya, mereka suka keserasian saya dengan Syafiq Klyle dalam ceria Syirik. Jadi mereka cadangkan saya untuk watak itu.

“Ketika itu pun ada jumpa seorang hamba Allah nak menjadikan saya watak Juita dalam Nur 2 iaitu watak pelacur. Saya pun ‘feeling’, tapi akhirnya tak jadi. Tapi itulah orang kata percaturan Allah SWT. Dia tak jadikan Juita itu, tapi jadilah Juweta ini dalam TYT. Jadi kalau sudah beri laluan rezeki itu, kita buat sehabis baik.

“Tak kisahlah pilihan pertama, terakhir rezeki atau saat akhir kena tolak, kita kena ‘move on’ dan jangan rasa terguris atau tersinggung dengan pendatang baru. Kena buat sehabis baik saja. Kalau orang sudah bagi, bermaksud rezeki anda. Jangan fikir nak buat ala kadar saja.

“Saya banyak kali kena tolak. Macam ada satu filem, saya nak ‘all out’ untuk buat. Tapi saya kena tolak. Namun, apa saya belajar, untuk sentiasa bersabar dan yakin. Memanglah kadang perit sebab memikirkan itu tempat kita, tapi lama kelamaan kena sedar mungkin ada rezeki lain dan lebih baik. Pengajarannya, kena sentiasa percaya pada rezeki,” katanya.

Drama Takdir Yang Tertulis adalah arahan Shahrulezad Mohameddin dan turut menampilkan pelakon seperti Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Didie Alias dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat