‘Kau tak laku nyanyi, jual nasi Arab pula’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Mila Jirin, 34, terkilan apabila dihina gara-gara kini beralih kepada perniagaan nasi Arab.

Mesej peribadi (DM) daripada pengguna laman sosial itu menyifatkan Mila sudah tidak laku dalam bidang nyanyian.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin mengakui dia kini memberi fokus kepada perniagaan serta berkongsi rezeki dengan kakitangannya selepas mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya nyanyian.

“Kenapa ada juga manusia yang suka berkata-kata tidak baik pada sesama manusia? Apa salah saya jual nasi Arab? Saya ikhlas berniaga kerana Allah.

“Ini iktihar yang dilakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan pekerja kekal punya pekerjaan dan gaji. Saya memang sudah lama tak menyanyi.

“Bukan sebab tak laku tapi sebab Allah tak izinkan. Fahami konsep sesuatu berlaku atas keizinan Allah, bukan atas kita manusia. Hatta, awak sendiri pun tak ada kuasa nak tentukan apa jua rezeki awak hari ini,” katanya.

Penyanyi Aku Lebih Tahu itu juga percaya rezekinya dalam bidang perniagaan ada hikmah tersendiri iaitu untuk membantu orang lain meskipun sudah kurang menyanyi.

“Jadi manusia penuh dengan kasih sayang bantu-membantu sesama kita. Tak boleh bantu sahabat-sahabat kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat. Andai kudrat pun tak mampu, bantu secara sokongan moral.

“Saya bersyukur walaupun tak laku dalam dunia seni, saya yakin perancangan Allah maha hebat. Ada sebab musabab ia berlaku. Hampir setahun Allah menguji kami insan-insan yang berniaga. Tapi kami tak akan pernah putus harap,” katanya.

Sejak tahun lalu, Mila terpaksa mencari jalan lain untuk menampung pendapatan syarikat untuk menggaji pekerjanya termasuk menjual durian. Dia iktiharkan pelbagai inisiatif selepas perniagaan perkahwinan miliknya tergendala kerana pandemik Covid-19.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat