KWSP Tutup Cawangan Shah Alam Untuk Sanitasi, Buka Semula Lahad Datu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup sementara pejabat dan kaunter Shah Alam mulai hari ini sehingga diberitahu kelak, selepas beberapa kakitangan di cawangan itu diuji positif COVID-19.

Ini sebagai mengikuti arahan daripada Kementerian Kesihatan untuk premis yang terlibat dengan pandemik, agar dijalankan pembasmian kuman dan sanitasi.

“Pekerja tersebut kini dalam rawatan manakala pengesanan kontak sedang dijalankan,” kata KWSP dalam satu kenyataan.

Semua kakitangan di cawangan itu akan mengambil ujian swab dan jika didapati positif, akan menjalani kuarantin wajib selama 10 hari.

Semua cawangan lain akan meneruskan langkah penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard pencegahan lain dalam mengurangkan penularan wabak COVID-19.

“Anggota dinasihatkan untuk berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun bagi perkhidmatan tertentu atau menjadualkan semula lawatan mereka ke satu tarikh yang akan datang melalui kemudahan Janji Temu Online jika terdapat keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP secara peribadi,” katanya.

Selain itu, cawangan Lahad Datu akan dibuka semula pada 4 Feb selepas ditutup sejak 20 Jan apabila beberapa kakitangannya diuji positif COVID-19.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat