Anwar kenang ketegasan Allahyarham Gani Patail tuntut keadilan ketika negara dilanda skandal rasuah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenang ketegasan dan keberanian bekas Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail dalam menegakkan keadilan ketika negara berdepan skandal rasuah terbesar.

Menerusi ucapan takziah, Anwar berkata, Allahyarham merupakan tokoh perundangan yang berani mempertahankan prinsip keadilan meskipun berdepan tempoh getir sehingga disingkirkan daripada jawatan.

“Saya akan sentiasa mengenang ketegasan Allahyarham dalam menuntut keadilan tatkala negara terheret ke dalam skandal rasuah terbesar.

“Beliau teguh dengan pendirian dalam tempoh getir itu, sehingga akhirnya disingkirkan daripada jawatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Anwar turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada negara, khususnya dalam bidang perundangan.

Beliau turut menyampaikan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa.

“Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada seluruh keluarganya dalam menghadapi kehilangan ini.

“Al-Fatihah,” ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat