47 pempamer seni visual negara sertai MAEF 2026 di WTCKL 27-29 Nov ini

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Malaysia Art Ecosystem Fair (MAEF) 2026 yang disertai sebanyak 47 pempamer daripada pelbagai sektor ekosistem seni visual negara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 27 Nov dari jam 6 petang hingga 10 malam. Manakala pada 28 hingga 29 Nov 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

MAEF 2026 diumumkan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad dalam sidang media yang berlangsung di Greyzone, Balai Seni Negara, dekat sini pada 23 Nov lalu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Balai Seni Negara, Rohana Mohd Yusof; Ketua Program MAEF 2026, Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar; Pengarah Galeri Puteh; Nizam Rahmat, serta barisan pempamer yang mengambil bahagian.

Balai Seni Negara dalam kenyataan berkata, MAEF 2026 bertemakan ‘ART KL’ dianjurkan oleh Balai Seni Negara dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Katanya, MAEF 2026 merupakan platform yang menghimpunkan pelbagai pemain industri dalam ekosistem seni visual negara bagi memperkukuh jaringan kerjasama, memperluas peluang pasaran serta mengetengahkan seni visual tempatan sebagai salah satu tarikan pelancongan budaya, selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Memasuki edisi kedua selepas penganjuran sulung pada tahun 2021 yang memberi tumpuan kepada pemulihan industri seni visual pasca pandemik COVID-19, MAEF 2026 menekankan peningkatan daya saing industri, pembangunan pasaran yang mampan serta peluasan kerjasama di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Pempamer yang mengambil bahagian, merangkumi galeri seni komersial, artis dan studio seni, kolektif serta persatuan seni visual, muzium dan galeri awam, institusi pendidikan, usahawan kreatif, pembekal bahan seni, penerbit serta penyedia perkhidmatan industri.

“Penganjuran MAEF 2026 melibatkan dua ruang utama iaitu Dewan Tun Razak 3 (TR3) dan Dewan Tun Razak 4 (TR4) yang menawarkan pengisian berbeza merangkumi aspek industri, pendidikan, komuniti seni dan seni kontemporari, ”kata kenyataan itu.

Katanya, TR3 mengetengahkan penyertaan industri, komuniti seni dan inovasi kreatif melalui pameran produk kreatif, bahan dan peralatan seni, penerbitan serta perkhidmatan berkaitan industri seni visual.

“Antara pempamer yang terlibat, Sekolah Seni Malaysia Johor, Galeri Shah Alam, Galeri Azman Hashim UMS, Universiti Tunku Abdul Rahman, Sabah Art Gallery, Arkib Negara Malaysia, Yayasan Warisan Johor, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Cawangan Melaka serta Galeri Al Biruni, UiTM Perak.

“Penyertaan turut melibatkan Sasaran Arts, The Malaysian Watercolour Society (MWS), Persatuan Seni Rupa dan Reka Cipta Johor (SERUPA2), Persatuan Seni Visual Malaysia, Angkatan Pelukis Kedah, Impian Art Gallery, NATIarts, CHETAK 17, Kapallorek Artspace, Basheer Graphic Books Sdn. Bhd.

“Selain itu, TOKO, ArtGlass, GMBB, Rumah Seni Garis, ATMA CONTEMPORARY, KOLUMPOART x APS, Bike Tattoo Arts, AnuarDan, ArtisKita2Jer, Segerak Art Group (SAG), Tam Maba Studio, AQILA & SENI, Jambatan Art Space, Jejai Art Gallery, WE&I / NakSeni, Art by Amir Shahlan, Studio Villa dan Padelligallery, ”katanya lagi.

Ujarnya, pelbagai bengkel dan demonstrasi seni turut disediakan sepanjang penganjuran bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali proses penghasilan karya, meningkatkan pengetahuan serta memperoleh pengalaman secara langsung dalam bidang seni visual.

“TR4 memberi tumpuan kepada seni kontemporari melalui penyertaan galeri seni komersial yang menyediakan platform bagi memperkenalkan dan memasarkan karya artis kepada khalayak yang lebih luas, sekali gus menyumbang kepada perkembangan pasaran seni visual negara.

“Sebanyak 10 pempamer mengambil bahagian di TR4 iaitu Galeri Puteh, Artas Gallery, Galeri Sasha, Sedar Space Gallery, La Galerie Monde, G-13 Gallery, Sareng Gallery, WL Art Gallery, Capital Fine Art serta Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia (USM).

“TR4 turut menyediakan Ruang Wacana sebagai platform perkongsian ilmu dan perbincangan mengenai pelbagai topik berkaitan seni visual,”ujarnya lagi.

Tambahnya, MAEF 2026 turut menyaksikan penglibatan Media Prima Berhad sebagai Rakan Media dan CHAGEE Malaysia sebagai Rakan Minuman Eksklusif.

“Balai Seni Negara turut merakamkan penghargaan kepada Tourism Malaysia, Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan MAEF 2026.

“Balai Seni Negara yakin bahawa MAEF 2026 mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan industri seni visual melalui pengukuhan jaringan kerjasama, peluasan peluang pasaran dan peningkatan aktiviti ekonomi kreatif, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan budaya negara, ”tambahnya lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat