Dulu tuduh BN heret negara ke ambang bankrap, kini PH perlu jawab hutang RM1.76 Trilion – MCA

KUALA LUMPUR -Pakatan Harapan (PH) kini perlu menjawab persoalan rakyat berhubung peningkatan hutang dan liabiliti kewangan negara yang mencecah RM1.76 trilion, selepas sebelum ini berulang kali menuduh pentadbiran Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak membawa Malaysia ke ambang kebankrapan.

Naib Presiden MCA Datuk Ir Lawrence Low berkata, ketika hutang negara melepasi RM600 bilion, PH lantang memberi amaran Malaysia berisiko menjadi negara bankrap sekiranya BN terus memerintah.

Namun, selepas PH mengambil alih kerajaan, hutang langsung Kerajaan Persekutuan kini meningkat kepada RM1.38 trilion, manakala jumlah keseluruhan termasuk jaminan kerajaan dan liabiliti kewangan lain mencapai RM1.763 trilion atau 80.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Jun 2026.

“Adakah Malaysia sudah bankrap? Bukankah piawaian sama yang pernah digunakan PH untuk mengkritik kerajaan terdahulu juga terpakai kepada pentadbiran mereka sendiri?” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Lawrence, hutang negara bukan hanya terkumpul ketika pentadbiran Najib, sebaliknya meningkat di bawah beberapa kerajaan terdahulu, daripada RM188.8 bilion pada 2003 kepada RM306.4 bilion pada 2008 dan RM686.8 bilion pada 2017.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan perlu bertanggungjawab menjelaskan penggunaan dana pinjaman, bayaran faedah tahunan, defisit fiskal serta keupayaan membayar balik hutang, selain mengemukakan pelan pengurangan hutang yang jelas bagi mengelakkan beban kewangan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Jika PH berpendapat pentadbiran Najib perlu memberi penjelasan ketika hutang negara melepasi RM600 bilion, maka pemimpin PH kini mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk menjawab persoalan rakyat apabila jumlah hutang dan liabiliti kewangan mencecah RM1.76 trilion.

“PH perlu menjelaskan sama ada amaran mereka sebelum ini bahawa negara akan bankrap merupakan retorik keterlaluan atau bersedia memohon maaf atas kenyataan politik yang digunakan ketika menjadi pembangkang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat