Eternity by Elfi serlahkan empat sisi Keanggunan wanita di Fashionably Modest Asia 2026

KUALA LUMPUR, 14 November 2026 – Setiap wanita mempunyai cerita tersendiri. Ada yang terpancar melalui kelembutan, ada yang terserlah melalui keyakinan, sementara sebahagian lagi memilih untuk mengekspresikan diri melalui keanggunan dan keunikan peribadi. Seperti permata yang memiliki pelbagai sudut pancaran cahaya, begitulah juga keindahan seorang wanita yang tidak pernah terikat pada satu sisi sahaja.

Berlandaskan inspirasi tersebut, Eternity by Elfi memperkenalkan koleksi sulungnya menerusi pentas peragaan Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 yang berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, hari ini.

Kemunculan ini cukup bermakna buat Eternity by Elfi, jenama barang kemas tempahan khas di bawah Elfi Jewellery, yang buat pertama kalinya membawa hasil rekaannya ke pentas fesyen. Menariknya, Elfi Jewellery dan Eternity by Elfi turut memainkan peranan sebagai Rakan Rasmi Barang Kemas bagi FMA 2026.

Diberi nama Her Four Facets, koleksi ini bukan sekadar mengetengahkan keindahan emas dan kilauan batu permata, sebaliknya membawa mesej tentang kepelbagaian karakter serta keistimewaan seorang wanita. Sebanyak lapan set barang kemas diperkenalkan dengan empat tema utama, iaitu Wedding / Bridal, Anniversary / Dinner / Evening, Formal / Executive dan Celebration / Festive.

Setiap tema hadir dengan karakter tersendiri, sesuai untuk mengiringi wanita dalam pelbagai detik kehidupan. Daripada hari istimewa sebuah perkahwinan, makan malam penuh bermakna, urusan profesional hinggalah sambutan perayaan bersama insan tersayang, setiap rekaan mempunyai ruang untuk menceritakan kisahnya sendiri.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Elfi Jewellery, Mohd Nazrin Bin Abdul Rahim, penubuhan Eternity by Elfi lahir daripada kepercayaan bahawa barang kemas seharusnya mempunyai nilai yang lebih mendalam daripada sekadar perhiasan.

Katanya, Elfi Jewellery sejak awal lagi mahu menghasilkan rekaan yang dekat dengan kehidupan pelanggan, khususnya untuk meraikan detik penting seperti pertunangan, ulang tahun perkahwinan, hadiah istimewa dan pelbagai kenangan yang ingin disimpan sepanjang hayat.

Daripada situlah tercetusnya idea untuk memperkenalkan Eternity by Elfi, sebuah jenama yang memberi peluang kepada pelanggan merealisasikan rekaan barang kemas berdasarkan imaginasi dan cita rasa masing-masing.

“Dengan Eternity by Elfi, apa sahaja rekaan yang boleh dibayangkan oleh pelanggan, kami akan hasilkan khas untuk mereka,” jelas Nazrin.

Menariknya, pelanggan tidak perlu hadir dengan lakaran yang sempurna untuk memulakan proses tempahan. Cukup sekadar membawa sekeping gambar, lakaran ringkas atau idea yang bermain di fikiran, pasukan Eternity by Elfi akan membantu menterjemahkannya menjadi sebuah rekaan yang boleh digayakan.

Pilihan material juga cukup luas, merangkumi emas 10K hingga 22K serta platinum, dengan pilihan batu berlian makmal, moissanite dan batu permata makmal. Harga tempahan bermula daripada RM3,000, bergantung pada jenis rekaan dan material yang dipilih.

Dalam masa sama, penggunaan batu permata makmal turut mencerminkan usaha jenama itu untuk bergerak ke arah pendekatan yang lebih bertanggungjawab dan peka terhadap pilihan pengguna masa kini.

Bagi Nazrin, barang kemas bukan sekadar sesuatu yang dipakai untuk mencantikkan penampilan. Ia boleh menjadi saksi kepada sebuah perjalanan, mengabadikan kenangan dan membawa makna yang mungkin sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Sesuatu cincin mungkin mengingatkan seseorang kepada hari pertama mereka mengikat janji, manakala seutas rantai mungkin menjadi hadiah yang menyimpan seribu makna daripada insan tersayang. Apabila masa berlalu, nilai sentimental itulah yang menjadikan sesuatu perhiasan begitu istimewa.

Sementara itu, kehadiran Hannah Delisha sebagai duta Elfi Jewellery turut memberikan warna tersendiri kepada acara berkenaan. Aktres dan penyanyi itu yang telah bersama jenama tersebut sejak 2025 mengakui dirinya teruja apabila masih diberi kepercayaan untuk meneruskan peranan sebagai duta bagi tempoh satu setengah tahun lagi.

Menurut Hannah, dia sendiri tidak menyangka pihak Elfi Jewellery masih memilihnya untuk terus mewakili jenama berkenaan. Baginya, kepercayaan yang diberikan itu cukup bermakna dan menjadi satu penghargaan terhadap hubungan yang telah terjalin selama ini.

Berkongsi pandangannya mengenai barang kemas, Hannah mengakui bahawa sebagai seorang wanita, sudah tentu kecantikan dan perhiasan menjadi antara perkara yang dekat dengan dirinya. Barang kemas bukan sahaja mampu menyerlahkan penampilan, malah menjadi pelengkap gaya yang mencerminkan personaliti seseorang.

Apa yang menarik perhatiannya terhadap Elfi Jewellery ialah kepelbagaian reka bentuk yang ditawarkan. Hannah menyifatkan kebanyakan rekaan jenama itu mempunyai sentuhan minimalis yang cukup menarik, namun dalam masa sama terdapat juga pilihan yang lebih elegan dan kelihatan mewah apabila digayakan.

Baginya, keistimewaan sesuatu barang kemas bukan semata-mata terletak pada saiz atau kilauannya, tetapi bagaimana rekaan tersebut mampu menyerlahkan keperibadian si pemakai.

Hannah turut tertarik dengan konsep tempahan khas yang ditawarkan Elfi Jewellery menerusi Eternity by Elfi. Pelanggan bukan sekadar memilih daripada koleksi sedia ada, sebaliknya berpeluang menghasilkan rekaan mengikut kehendak, cita rasa dan imaginasi sendiri.

Keistimewaan itu menjadikan setiap perhiasan lebih bersifat peribadi kerana ia bukan sekadar dibeli untuk dipakai, tetapi dicipta berdasarkan cerita dan keinginan individu yang memilikinya.

Selain memperkenalkan koleksi baru, acara tersebut turut menjadi ruang buat Elfi Jewellery mendekati kelompok peminat fesyen daripada pelbagai generasi. Bagi jenama itu, penyertaan dalam Fashionably Modest Asia 2026 bukan sekadar peluang memperkenalkan koleksi kepada peminat fesyen, tetapi juga langkah untuk membawa seni pertukangan barang kemas ke dalam dunia fesyen yang lebih luas.

Seperti yang diketengahkan menerusi Her Four Facets, seorang wanita tidak perlu memilih hanya satu sisi untuk menyerlah. Dia boleh menjadi anggun dalam kelembutan, memikat melalui pesona, kuat dalam keyakinan dan bersinar melalui ekspresi dirinya sendiri.

Kerana pada akhirnya, keindahan sebenar bukan hanya terletak pada kilauan yang dapat dilihat mata, tetapi pada cerita, kenangan dan makna yang tersimpan di sebaliknya.

Mereka yang ingin menghasilkan barang kemas mengikut rekaan sendiri boleh mendapatkan khidmat konsultasi dengan menghubungi Raisha di talian +60 17-887 8036 atau Thia di +60 16-696 8419.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat