“Sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam”, Hadi sangkal ucapan berunsur perkauman

MELAKA -Pejabat Presiden Pas menyangkal laporan yang mendakwa Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang memperlekehkan masyarakat bukan Islam menerusi ucapannya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pejabat Hadi mendakwa laporan Malaysiakini bertajuk “Sejahat-jahat orang Islam tak sezalim bukan Islam”’dipetik di luar konteks dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden itu, ucapan Hadi sebenarnya bertujuan menjelaskan bahawa politik dalam Islam berlandaskan pertimbangan dosa dan pahala, sekali gus membawa kepada pemerintahan yang adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.

Justeru, Pas juga menolak sebarang sentimen perkauman yang didakwa dimainkan menjelang hari pengundian PRN Melaka.

Hadi sebelum ini dikatakan berkata dalam ucapan di pentas Grand Finale BN dan PN bahawa “sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam.”

Beliau juga dikatakan menggesa umat Islam keluar mengundi bagi memastikan pemimpin Islam memerintah.

Kenyataan itu mencetuskan kritikan daripada beberapa pemimpin DAP dan Pakatan Harapan, yang mendakwa ia boleh memecahbelahkan masyarakat serta menilai kezaliman seseorang pemimpin berdasarkan agama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat