HONOR meterai MoU bersama FINAS, buka peluang baru buat bakat kreatif tempatan

Dunia pembikinan filem dan penciptaan kandungan digital kini semakin berkembang dengan kehadiran teknologi telefon pintar yang menawarkan keupayaan pengimejan lebih canggih.

Melihat kepada potensi tersebut, HONOR mengambil langkah untuk membuka lebih banyak peluang kepada bakat kreatif tempatan menerusi dua kerjasama strategik bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Tourism Malaysia.

Kerjasama yang dimeterai menerusi dua Memorandum Persefahaman (MoU) itu bukan sekadar memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi, malah turut menjadi platform untuk membantu pembikin filem baharu, pencipta kandungan dan penggiat seni tempatan mengetengahkan hasil kreativiti mereka kepada khalayak lebih luas.

Menerusi kerjasama bersama FINAS, HONOR mahu menggalakkan lebih ramai bakat tempatan meneroka bidang pembikinan filem menggunakan telefon pintar, sekali gus membuktikan bahawa penghasilan karya berkualiti tidak semestinya memerlukan peralatan produksi yang mahal.

Antara inisiatif yang dirancang termasuk peluang mengikuti bengkel, meningkatkan kemahiran pengimejan serta meneroka teknologi kamera mudah alih berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Ethan Chen berkata, pihaknya komited untuk menyokong perkembangan industri kreatif tempatan dengan menyediakan akses kepada teknologi inovatif serta peluang kepada bakat baharu untuk mengembangkan potensi masing-masing.

Menurutnya, teknologi pengimejan sinematik yang ditawarkan menerusi HONOR Magic9 Pro Max membolehkan lebih ramai individu menghasilkan video berkualiti tinggi dan mengetengahkan cerita mereka tanpa terlalu bergantung kepada peralatan profesional yang mahal.

Dalam masa sama, kerjasama bersama Tourism Malaysia pula membawa pendekatan berbeza apabila rakyat Malaysia diberi peluang untuk menjadi pencerita yang memperkenalkan keindahan negara melalui lensa kamera masing-masing.

Menerusi pembaharuan kerjasama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026-2027, pelbagai aktiviti seperti bengkel, pertandingan fotografi, pameran seni dan acara kebudayaan bakal dianjurkan bagi menggalakkan orang ramai merakam keunikan destinasi pelancongan, budaya serta warisan tempatan.

Pendekatan ini dilihat mampu memberikan perspektif lebih dekat dan menarik mengenai Malaysia kerana setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam merakam pengalaman serta keistimewaan tempat yang dikunjungi.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata, penggunaan teknologi pintar dan kandungan visual berkualiti tinggi mampu membantu memperkenalkan Malaysia kepada pelancong masa kini melalui pendekatan digital yang lebih dinamik.

Katanya, kerjasama bersama HONOR membolehkan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan kekayaan warisan negara diketengahkan menerusi fotografi serta penceritaan digital, selari dengan slogan pelancongan negara, ‘Malaysia, Beautifully Yours’.

Menariknya, HONOR Magic9 Pro Max turut diumumkan sebagai ‘Telefon Pintar Pengimejan Sinematik Rasmi’ Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) dan Tourism Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.

Telefon pintar mercu terbaharu HONOR itu dijadualkan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 November 2026, jam 3 petang.

Secara tidak langsung, kerjasama ini memperlihatkan bagaimana teknologi boleh menjadi jambatan untuk menghubungkan kreativiti, industri perfileman dan sektor pelancongan. Lebih daripada sekadar menghasilkan gambar atau video yang cantik, ia membuka ruang untuk cerita, budaya dan identiti Malaysia terus dikenali di peringkat antarabangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat