KKM jalankan siasatan ke atas kilang Gardenia susulan dakwaan keracunan makanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan pemeriksaan ke atas kilang Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. untuk mengesahkan pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 berikutan ada dakwaan keracunan makanan.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, pihaknya masih menunggu keputusan analisis makmal bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, usaha mengesan produk terbabit masih terbatas kerana maklumat kelompok pengilangan dan tarikh luput yang diterima tidak lengkap.

Namun, KKM memaklumkan, baki produk serta bungkusannya telah diambil dengan persetujuan pengadu untuk dianalisis.

“Siasatan awal dijalankan susulan aduan tular di media sosial dan laporan media mengenai dakwaan keracunan makanan selepas pengambilan Gardenia Original Classic White Bread dan Twiggies Choc-A-Lot.

“Tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran atau risiko keselamatan makanan,” katanya menurut kenyataan itu.

KKM menyatakan mereka turut mendapatkan penjelasan daripada Gardenia Bakeries berkaitan kejadian itu.

Menurut syarikat itu, siasatan dalamannya tidak menemukan sebarang penyimpangan dalam proses pengeluaran, perubahan resipi atau ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan keselamatan makanan bagi produk terbabit.

KKM bagaimanapun menegaskan, dapatan siasatan dalaman syarikat itu belum menjadi asas untuk membuat kesimpulan muktamad mengenai punca simptom yang dilaporkan.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan spekulasi, manakala individu yang mengalami muntah, cirit-birit atau ketidakselesaan selepas mengambil produk yang disyaki diminta segera mendapatkan rawatan dan melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat