KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Razlan Rafii berkata, laporan polis terhadap Peguam Negara (AG) telah dibuat.
Justeru katanya, mungkin pihak polis wajar memaklumkan kepada umum sama ada siasatan sudah dimulakan atau laporan masih dalam penelitian atau keputusan telah dibuat untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
“Jika siasatan sedang berjalan, nyatakan statusnya setakat yang boleh dikongsi.
“Jika tiada tindakan lanjut, jelaskan asas keputusan itu.
“Soalannya mudah. Apa tindakan yang telah diambil selepas laporan itu diterima? soal Ketua Umno Bahagian Seputeh itu.
Terdahulu, Pemuda Umno menggesa sayap itu peringkat negeri dan bahagian supaya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.


