“Nak marah saya, marahlah betul, tapi saya tak curi duit orang” – Anwar Ibrahim

KLEBANG,– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri terkaya, sebaliknya memilih untuk menjalani kehidupan sederhana dengan tidak mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya.

Berucap pada Jelajah Aspirasi Madani Melaka di Klebang hari ini, Anwar berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat secara tidak sah dan memahami kesusahan yang dilalui sebahagian besar masyarakat.

“ Nak marah saya, marahlah betul, tapi saya tak curi duit orang. Saya tak ambil gaji. Saya tahu, saya hidup dan lalui zaman yang susah. Saya tak nak jadi Perdana Menteri yang terkaya,” katanya.

Menurut beliau, kemudahan serta elaun yang diterima sudah memadai untuk membolehkannya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan tanpa perlu mengejar kekayaan peribadi.

“Cukup, gaji tak ambil tak apa, elaun masih ada. Saya bukan miskin, ramai yang di sini miskin daripada saya. Jadi tak ambil gaji tak apa, kereta kerajaan punya. Naik kapal terbang pun kerajaan punya. Jadi cukuplah, syukur,” katanya.

Dalam nada tegas, Anwar turut menyindir sikap segelintir pemimpin yang didakwa tidak pernah berasa cukup dengan pendapatan dan kemudahan yang diterima, sehingga masih mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi.

“Ini dah gaji dapat, elaun dapat, sapu lagi, sakau lagi. Itu pun bila datang, kita cium tangan lagi. Ah, itu pening kepala tu,” katanya.

Kenyataan tersebut mencerminkan pendirian Anwar yang mahu meletakkan integriti dan kesederhanaan sebagai asas kepimpinan, selain menegaskan bahawa jawatan tertinggi dalam negara bukan ruang untuk mengumpul kekayaan, sebaliknya amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat