KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad akui amat terharu dan menghargai kehadiran orang ramai yang menziarahi pusara isterinya Allahyarhamah Tun Hasmah Mohamad Ali meskipun sudah lebih sebulan pemergiannya.
Bekas Perdana Menteri itu merakam ucapan terima kasih dalam catatan terbarunya, beliau bahkan meminta maaf kerana tidak selalu dapat menyantuni orang ramai yang berziarah ke pusara isterinya.
“Hasmah telah pergi lebih sebulan tetapi masih ramai yang menziarah pusaranya. Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah.
“Saya ingin minta maaf kerana tidak dapat sering ke pusara dan bertemu dengan yang datang menziarah pusara isteri saya.
“Begitu juga dengan surat-surat, ucapan-ucapan takziah yang diterima. Saya tidak dapat nak jawab satu persatu.
“Saya cuba jawab seberapa mampu,” kata Dr Mahathir.



