Jangan muat naik atau kongsi rakaman kes serangan di Kuching – MCMC

KUALA LUMPUR – Orang ramai termasuk pengamal media diingatkan supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan rakaman video insiden melibatkan serangan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak, demikian kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan penyebaran rakaman yang memaparkan unsur keganasan, khususnya melibatkan kanak-kanak, boleh menjejaskan privasi, maruah dan kesejahteraan emosi pihak terlibat serta keluarga mereka.

“Tindakan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

“Penyebaran kandungan sedemikian juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], sekiranya melanggar peruntukan undang-undang berkenaan,” menurut MCMC.

MCMC menyatakan individu yang telah memuat naik atau berkongsi rakaman tersebut hendaklah segera memadamkannya.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak boleh menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi melindungi privasi kanak-kanak dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Insiden serangan bersenjata yag berlaku di ibu negeri Sarawak itu melibatkan kes seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun menyerang seorang guru wanita di sekolah berkenaan semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.49 pagi apabila suspek bertindak membawa senjata ke sekolah.

Suspek didakwa memasang telefon bimbit di kepalanya dan menyiarkan serangan tersebut secara langsung di media sosial selama lebih 12 minit.

Rakaman tersebut bagaimanapun telah diturunkan oleh MCMC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat