KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bersyukur atas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini menggantung notis ROS berhubung pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional.
Menurut Samsuri, pendirian PN jelas bahawa parti itu berada pada landasan yang benar dalam mempertahankan hak melalui saluran undang-undang.
“Usaha pihak yang mahu memadamkan PN tidak akan mematahkan tekad kita. PN tetap teguh dan perjuangan ini akan diteruskan.
“Terima kasih kepada semua atas doa, sokongan dan kesabaran, serta pasukan peguam atas usaha gigih mereka.
“Kita terus menghormati proses undang-undang yang berjalan dan akan mempertahankan hak kita dengan tegas.
“Kini, seluruh jentera mesti memberikan tumpuan penuh kepada PRN Melaka.
“Perkukuh persiapan, eratkan kerjasama dan bawa tawaran terbaik untuk rakyat. Kita terus mara,” seru beliau.



