Pengadu pura-pura sedih pendaftaran PN dibatal – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pihak pengadu pura-pura sedih dengan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).

Walhal satu dunia telah menyaksikan percubaan mereka menumpaskan parti yang mereka anggotai sendiri, bidas Ketua Penerangan PN Tan Sri Annuar Musa.

“Belum pernah berlaku dalam sejarah negara kita sebuah parti yang besar,sewenang-wenang dibatal pendaftarannya hanya kerana satu anggota parti itu tidak di panggil ke satu mesyuarat khas (tergempar).

“Sedangkan keputusan mereka tidak dipanggil bukan tidak bersebab dan mereka diberitahu sebabnya.

“Malah tindakan itu bukan kerana mahu mengingkari peraturan,malah langkah berhati-hati untuk menjaga peraturan.

“Ini kerana kekhuatiran dakwaan parti berkaitan mempunyai masalah melanggar peraturan pertubuhan, seperti didakwa ahli Parlimen mereka sendiri dan ini satu dakwaan serius yg memerlukan kejelasan.

“Untuk menjaga maslahah mesyuarat, fatwa pendaftar dipohon terlebih dahulu, tetapi belum mendapat pencerahan pendaftar ketika itu.

“Jelas punca keputusan tidak memanggil parti berkenaan ialah kerana keraguan dan kesamaran status parti berkenaan ketika itu yang sepatutnya di jelaskan oleh pendaftar,” katanya.

Menurut Annuar, tindakan berniat baik sedemikian tidak sepatutnya memberi legitimasi pembatalan.

“Malah perkara itu perlu di dengar secara saksama di mahkamah kerana mahkamahlah yg mempunyai kuasa membuat pentafsiran.

“Namun dua hari sebelum mahkamah bersidang,keputusan dibuat,walau mahkamah sudah putuskan,kes itu wajar di dengar.

“Tidakkah mahkamah turut di hina?

“Apa pun kemelut ini belum muktamad. Proses mahkamah tetap berjalan.

“Namun dari sudut perjalanan dan perjuangan parti parti anggota yang setia,haruslah terus mara. Lambang dan platform gabungan hanya satu alat yang boleh berganti.

“Matlamat dan dasar tidak berubah.Sokongan dan dukungan rakyat tidak surut kerana penindasan,malah Insya-Allah akan menjadi tonik yang membawa kekuatan dan gelombang lebih besar,” katanya.

Mengulas lanjut Annuar berkata, satu ketika dulu ada pihak cadangkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri ketika itu, supaya mengharamkan pendaftaran sebuah parti pembangkang yang besar.

“Tun Dr Mahathir dengan tegas menolaknya,dan beliau mahukan kekuatan pembangkang hendaklah di hadapi secara politik,dan bukannya dengan menggunakan kuasa.

“Tun ada menyatakan, tindakan yang dilihat zalim atau menekan akan menyebabkan pembangkang bertambah kuat dan terus mendapat sokongan rakyat,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat