Pas gambarkan jadi mangsa politik, PN bukan tempat berteduh kumpulan rakus kuasa – Azmin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dibenarkan menjadi tempat berteduh kumpulan yang rakus kuasa politik dan cuba ‘hijack’ jenama PN yang sederhana, progresif dan cakna rakyat Malaysia.

Menurut Datuk Seri Azmin Ali, hari ini Pas dan sekutunya memberi gambaran seolah-olah mereka adalah mangsa politik dan cuba meraih simpati menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka.

Justeru Setiausaha Agung Bersatu itu menyeru supaya Pas menghentikan propaganda dan politik identiti yang melampau.

“Hakikatnya, Pas mengenepikan kebenaran adalah perbuatan yang tercela gagal mengurus sebuah organisasi berteraskan prinsip demokrasi, urus tadbir yang baik dan sering mengkhianati rakan dalam perjuangan.

“Sesungguhnya, walaupun keputusan RoS hari ini amat berat diterima oleh Bersatu kerana Bersatu adalah ‘founding member of Perikatan Nasional’ dan telah berjaya meletakkan asas kukuh sebuah perjuangan.

“Namun Bersatu sebagai anggota parti yang sah menerima kenyataan bahawa PN mesti melaksanakan tanggungjawab selaras dengan Perlembagaan Perikatan Nasional dan Akta 832 bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang serta kelangsungan tadbir urus parti yang teratur dan sah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hal demikian beliau berkata, Bersatu akan meneliti keputusan penuh RoS dan akan membincangkan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengenai langkah-langkah seterusnya untuk membina semula keyakinan rakyat kepada sebuah gabungan parti-parti politik yang sederhana, membawa politik nilai dan membina gagasan baru demi Malaysia yang sejahtera untuk semua rakyat
Malaysia.

Mengulas lanjut perkembangan semasa itu, Azmin berkata, keputusan RoS membatalkan pendaftaran parti PN membuktikan bahawa PN yang dipimpin oleh Pas telah melanggar Akta Pertubuhan 1966, peraturan-peraturan berkaitan serta Perlembagaan PN.

Jelas Azmin, alasan dan keterangan yang diberikan oleh Pas dalam siasatan yang dijalankan oleh RoS terbukti tidak berasas dan tidak memenuhi kehendak undang-undang dan Perlembagaan Perikatan Nasional.

“Tindakan kepimpinan Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh Pas menafikan hak Bersatu untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 16 Julai 2026 adalah satu kesalahan yang ‘fatal’ dan pelanggaran Fasal 7.1 Perlembagaan parti Perikatan Nasional.

“Tindakan melanggar undang-undang membawa mudarat besar dan dampaknya akan menghancurkan masa depan Perikatan
Nasional.

“Kepimpinan Perikatan Nasional yang mengenepikan amalan urus tadbir yang baik dan telus telah menimbulkan keadaan yang boleh disifatkan sebagai satu ancaman (‘threat’) dan tekanan untuk melucutkan keanggotaan dan menggugurkan Bersatu sebagai parti anggota yang sah dalam PN melalui kuasa ‘veto’ oleh individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional,” katanya.

Menurut beliau lagi, Kknyataan media Bersatu pada 25 September 2026 mengesahkan bahawa Bersatu telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada RoS pada 18 Ogos 2026.

“Bersatu tuntas memberikan penjelasan berfakta dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kepimpinan PN telah menafikan
hak Bersatu seperti dijamin oleh Perlembagaan Perikatan Nasional dan seterusnya melanggar peruntukan dalam Akta Pertubuhan.

“Keputusan RoS hari ini sekaligus membuktikan bahawa Bersatu berada di pihak yang benar untuk menyelamatkan Perikatan Nasional.

“Aduan yang dibuat oleh Bersatu pada 11 Ogos 2026 adalah bertujuan untuk memastikan Perikatan Nasional diurus dengan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan berintegriti serta mematuhi semua kehendak undang-undang dan Perlembagaan parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat