Sejak 2020 sehingga hari ini tiada satu pun dapatan kaitkan Zahid, DAP jangan jadikan LCS senjata politik – SUA Zahid

KUALA LUMPUR – Kenyataan Lim Guan Eng yang cuba mengaitkan perkembangan terkini Projek Littoral Combat Ship (LCS) dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah satu cubaan menghidupkan semula naratif lama dengan mencampur-adukkan keputusan dan perkembangan projek yang berlaku dalam tempoh lebih sedekad.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Fadzmel Fadzil menegaskan, faktanya, projek LCS telah melalui pelbagai peringkat pentadbiran, beberapa Menteri Pertahanan, proses semakan, siasatan, audit forensik, tindakan undang-undang dan akhirnya penstrukturan semula oleh kerajaan.

Hakikatnya kata Fadzmel, perkembangan yang dibangkitkan hari ini berlaku bertahun-tahun kemudian, namun nama beliau terus dipetik semula semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Pada peringkat awal, nama Zahid memang cuba dikaitkan dengan projek LCS berdasarkan dokumen dan keputusan awal ketika beliau menerajui Kementerian Pertahanan. Namun, kewujudan catatan atau arahan pada peringkat tersebut tidak bermaksud keseluruhan projek telah diluluskan atau segala keputusan selepas itu dibuat oleh beliau.

“Apa yang jauh lebih penting, apabila penelitian yang lebih mendalam dibuat melalui Pengauditan Forensik LCS oleh Alliance IFA, yang laporannya dikemukakan pada Julai 2020, fokus dapatan adalah terhadap aspek tadbir urus, proses perolehan, pembayaran, pengurusan projek serta tindakan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan.

“Tidak ada sedikit pun dapatan dalam audit forensik tersebut yang meletakkan Zahid sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap salah laku kewangan atau kegagalan pelaksanaan projek, walaupun laporan itu dikemukakan ketika pentadbiran Pakatan Harapan 1.0.

“Maksudnya, apabila projek ini diteliti bukan sekadar pada surface value tetapi melalui audit forensik yang lebih mendalam, persoalan yang timbul bukan lagi mengenai campur tangan politik, tetapi lebih kepada kelemahan tadbir urus, pengurusan kontrak dan pelaksanaan projek itu sendiri.

“Jadi sekiranya benar segala kelemahan kewangan dan pelaksanaan projek ini berpunca daripada arahan peribadi Zahid, sudah tentu perkara itu akan menjadi dapatan jelas dalam audit forensik, siasatan dan proses akauntabiliti yang dijalankan selepas itu,” jelas Fadzmel.

Exco Pemuda Umno menyatakan, sebaliknya, daripada tahun 2020 sehingga hari ini tiada satu pun dapatan tersebut yang secara langsung mengaitkan Zahid. Tiada!

Malah kata beliau, tindakan perundangan pernah diambil terhadap individu yang dikatakan mempunyai tanggungjawab langsung dalam pengurusan projek.

“Saya melihat tindakan ini sebagai sebahagian daripada usaha tersusun DAP untuk terus mengheret nama Zahid ke dalam isu yang telah melalui pelbagai proses, pentadbiran dan keputusan selepas beliau meninggalkan portfolio Menteri Pertahanan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat