LahLahLand 2026 kembali dengan dunia lebih besar, himpunkan Sneakers, muzik, makanan dan pelbagai komuniti

KUALA LUMPUR: Selepas mencuri perhatian menerusi penampilan sulung pada tahun lalu, LahLahLand kembali untuk edisi 2026 dengan skala yang lebih besar dan pengalaman yang semakin luas, menjadikan MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) sebagai lokasi pertemuan pelbagai komuniti, jenama serta subbudaya yang mewarnai kehidupan generasi masa kini.

Berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Oktober 2026, LahLahLand bukan lagi sekadar sebuah acara yang berpaksikan budaya sneakers menerusi SneakerLAH, sebaliknya berkembang menjadi festival gaya hidup yang menghimpunkan muzik, makanan, permainan video, sukan, jam tangan, barangan koleksi, fesyen jalanan serta pelbagai bentuk kreativiti dalam satu ruang yang sama.

Perkembangan itu juga memperlihatkan bagaimana LahLahLand mula membina identitinya sendiri selepas lahir daripada legasi SneakerLAH, dengan edisi tahun ini membawa lebih banyak segmen, kolaborasi, pertandingan dan pengalaman yang dirangka untuk menarik minat komuniti yang berbeza.

Bagi peminat sneakers, SneakerLAH tentunya masih menjadi antara tarikan utama apabila kembali dengan satu lagi kolaborasi bersama ASICS menerusi GEL-KAYANO 20 ‘Ais Kacang’. Mengambil inspirasi daripada pencuci mulut yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia, rekaan tersebut meneruskan pendekatan SneakerLAH dalam mengetengahkan ikon dan identiti tempatan melalui dunia kasut sneakers.

Kolaborasi ‘Ais Kacang’ itu menjadi kerjasama kelima antara SneakerLAH dan ASICS selepas keluaran bertemakan ‘Nasi Lemak’, ‘KLCC’, ‘Teh Tarik’ dan ‘Mamee’, sekali gus menambah satu lagi bab dalam siri kolaborasi yang cukup dekat dengan budaya Malaysia.

Namun, LahLahLand 2026 jelas tidak mahu pengunjung hanya tertumpu kepada sneakers kerana pelbagai komuniti lain turut diberikan ruang yang cukup besar sepanjang festival berkenaan.

Bagi peminat permainan video, EsportsLAH kembali dengan kejohanan Tekken 8 dan eFootball Mobile yang bakal menghimpunkan pemain serta komuniti permainan untuk bersaing sepanjang hujung minggu. Kehadiran segmen ini memberikan satu lagi dimensi kepada LahLahLand, khususnya dalam mengetengahkan budaya gaming yang semakin berkembang dalam kalangan generasi muda.

Dalam masa yang sama, MakanLAH yang dikuasakan oleh Grab Dine Out turut kembali dengan skala lebih besar menerusi penambahan gerai dan pilihan makanan. Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati pelbagai sajian, malah berpeluang mendapatkan tawaran menarik menerusi Book Table untuk mendapatkan tempat duduk eksklusif di kafe pop-up Banglo 289 hasil kerjasama Grab x Aegis.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati diskaun sehingga 45 peratus daripada jumlah bil di beberapa cawangan yang mengambil bahagian, antaranya Banglo 289, La Pane, HWC Coffee, Mad Bebek, Rawtee, Lotteria, AllAce, Lim Fried Chicken dan myBurgerLab.

Suasana di LahLahLand dijangka menjadi lebih meriah apabila ConcertLAH mengambil tempat sebagai antara komponen utama festival. Barisan artis tempatan yang disediakan tahun ini merangkumi pelbagai genre, sekali gus memberikan gambaran mengenai kepelbagaian muzik yang berkembang dalam landskap seni tempatan.

Ikon rock indie Malaysia, Hujan, akan mengetuai barisan persembahan bersama bintang rap MidLyfe Dannqrack & Eemrun yang turut menampilkan artis jemputan istimewa. Peminat muzik alternatif dan grunge pula boleh menyaksikan persembahan Sweetass, manakala Kidd Santhe & Friends akan membawa elemen rap dan produksi muzik mereka ke pentas.

Turut melengkapkan barisan ConcertLAH ialah set DJ B2B khas daripada S4D Habits menerusi s4d.kl B2B Bad Habits, kolaborasi Lil Asian Thiccie x I-SKY, DJ Malaysiana Jemput Dengar, bakat rap yang semakin meningkat naik Rudeen serta set DJ daripada Belia Benci Club dan ZÜ.

Dengan gabungan rock indie, hip-hop, muzik alternatif dan elektronik, ConcertLAH cuba menawarkan ruang kepada nama-nama yang sudah dikenali serta bakat yang sedang mencipta tempat dalam industri muzik Malaysia.

Bagi mereka yang lebih gemarkan aktiviti fizikal, SkateLAH yang dibawakan oleh THVSKL kembali dengan pertandingan pertarungan berpasukan dan Best Trick. Dengan sokongan G-SHOCK dan ASH Asia, segmen itu bakal menyaksikan pemain papan selaju beraksi dan menguji kemahiran masing-masing sepanjang berlangsungnya festival.

Sementara itu, satu lagi aktiviti sukan yang menarik perhatian ialah LariLAH yang menampilkan adidas HyperRelay. Menerusi perlumbaan lari berganti-ganti jemputan yang dikuasakan oleh francais Hyperboost, beberapa kelab larian terkenal di Kuala Lumpur bakal bersaing untuk menentukan pasukan terpantas.

Antara kelab yang mengambil bahagian termasuk adidas Runners KL, Brand New Waves, Journey Run Club dan KJRC, selain beberapa komuniti larian lain yang turut menyertai persaingan tersebut.

Menariknya, LahLahLand 2026 turut memperkenalkan beberapa segmen baru yang belum pernah ada pada edisi terdahulu, termasuk WatchesLAH yang membawa budaya jam tangan ke dalam festival berkenaan buat kali pertama.

Segmen itu menyasarkan pengumpul berpengalaman serta mereka yang baru mula mengenali dunia jam tangan, dengan kehadiran jenama seperti Hamilton, Casio dan Rado selain pilihan jam tangan vintaj daripada penjual terpilih.

Bagi peminat barangan koleksi pula, CardsLAH Card Party turut membuat penampilan sulung pada tahun ini bagi menghimpunkan komuniti permainan kad dagangan atau TCG yang semakin mendapat tempat.

Segmen tersebut akan mempertemukan penjual, pengumpul dan peminat TCG dalam satu ruang, selain menampilkan hasil karya serta penampilan istimewa Haru Akasaka, seorang ilustrator rasmi untuk salah satu IP terbesar di dunia.

Tidak lengkap rasanya sebuah festival gaya hidup tanpa ruang membeli-belah, dan LahLahLand Marketplace tahun ini tampil dengan wajah yang berbeza menerusi kerjasama bersama SantaiMaa, antara pasar gaya hidup tempatan yang cukup dikenali.

Kerjasama tersebut menghimpunkan pelbagai jenama bebas, pakaian vintaj, aksesori, barangan koleksi dan produk yang mencerminkan kreativiti komuniti tempatan. Di sekitar kawasan LahLahLand, pengunjung juga boleh menemui nama-nama tempatan dan antarabangsa seperti ASICS, Montigo, Kahf, 2TimesToo, Aegis, Against Lab, TNTCO, All Love, Futuremade Studio dan Gote.

Selain aktiviti utama, sepanjang dua hari tersebut turut berlangsung beberapa kolaborasi eksklusif dan pelancaran produk, termasuk kolaborasi barangan edisi terhad antara Grab dan jenama tempatan Aegis, Influencer Pre-Loved Market, cabutan bertuah serta sesi podcast secara langsung.

Satu lagi aktivasi yang menarik ialah Let Me Cook yang dibawakan oleh Penaja Rasmi Seri Murni menerusi kerjasama dengan AGAINST LAB. Konsep tersebut mengetengahkan kreativiti Malaysia merentasi makanan, muzik, sukan dan budaya, dengan pengunjung berpeluang menyertai RM30 Bottle Lab Experience di AGAINST Kitchen untuk memperibadikan botol Seri Murni mereka sendiri.

Pengunjung yang menyertai aktivasi berkenaan turut berpeluang mendapatkan barangan kolaborasi eksklusif yang hanya tersedia menerusi pengalaman tersebut.

Bagi mereka yang memilih tiket VIP, LahLahLand turut menyediakan beberapa keistimewaan termasuk kemasukan awal pada jam 10 pagi, dua jam lebih awal berbanding kemasukan umum. Setiap pemegang tiket VIP juga akan menerima botol air edisi terhad LahLahLand x Montigo, sepasang stoking edisi terhad LahLahLand x Xocks yang hanya disediakan sebanyak 300 pasang serta beg tote LahLahLand.

Sementara itu, PayLater by Grab yang menjadi Rakan Pembayaran Rasmi LahLahLand turut memberikan kemudahan kepada pengguna yang layak untuk membahagikan pembelian mereka kepada sehingga 12 ansuran, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung yang merancang untuk berbelanja sepanjang festival.

Bagi memastikan acara berjalan dengan tenaga yang konsisten sepanjang dua hari, Raj Mahal dipilih sebagai pengacara rasmi LahLahLand 2026. Dikenali dengan kepetahan, tenaga serta keupayaan berinteraksi dengan penonton, Raj bakal mengemudi pelbagai program yang berlangsung sepanjang hujung minggu.

Menurut pengasas SneakerLAH dan LahLahLand, Bryan Chin, perkembangan festival tersebut selepas edisi pertama tahun lalu menjadi sesuatu yang membanggakan kerana LahLahLand kini mula mempunyai identiti dan jiwanya sendiri.

Katanya, edisi tahun lalu lebih kepada memperkenalkan kepada orang ramai tentang potensi LahLahLand, manakala edisi 2026 memperlihatkan bagaimana festival tersebut mula berkembang dengan menghimpunkan lebih banyak komuniti dalam satu ruang.

SneakerLAH, menurut Bryan, akan kekal sebagai teras kepada apa yang dibangunkan, namun LahLahLand membuka peluang untuk menghubungkan komuniti yang mempunyai minat berbeza, sama ada dalam sneakers, muzik, makanan, permainan, larian, papan selaju, jam tangan, kad mahupun budaya gaya hidup secara keseluruhan.

Pendekatan itu menjadikan LahLahLand lebih daripada sekadar sebuah acara hujung minggu kerana pengunjung diberikan peluang untuk bergerak daripada satu komuniti kepada komuniti lain dan menemukan sesuatu yang mungkin sebelum ini tidak pernah mereka terokai.

Apa yang menjadikan edisi 2026 lebih menarik ialah kepelbagaian tersebut tidak dipaksa untuk berada dalam satu bentuk yang sama. Setiap komuniti masih mempunyai identiti masing-masing, tetapi pada masa yang sama berkongsi ruang yang sama sepanjang dua hari.

Daripada budaya sneakers yang menjadi akar kepada festival, hinggalah muzik, makanan, permainan video, sukan, jam tangan dan barangan koleksi, LahLahLand seakan-akan menjadi gambaran kecil tentang bagaimana budaya kontemporari Malaysia terus berkembang melalui komuniti yang berbeza.

Mungkin itu juga sebabnya LahLahLand tidak semestinya perlu dilihat sebagai acara yang hanya sesuai untuk satu kelompok tertentu. Mereka yang datang kerana minat terhadap sneakers boleh menikmati persembahan muzik dan meneroka Marketplace, manakala peminat makanan pula mempunyai peluang untuk melihat pertandingan e-sukan atau persembahan artis tempatan. Begitu juga mereka yang datang untuk membeli-belah atau menyokong rakan dalam pertandingan sukan boleh menemukan pelbagai pengalaman lain yang berlangsung di sekitar kawasan festival.

Dengan kata lain, tidak kira apa yang membawa seseorang ke MIECC pada 10 atau 11 Oktober nanti, sentiasa ada kemungkinan mereka akan menemukan sesuatu yang baru sepanjang berada di LahLahLand.

LahLahLand 2026 berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam, manakala pemegang tiket VIP diberikan akses awal bermula jam 10 pagi.

Tiket kemasukan umum berharga RM30 untuk prajualan, RM100 bagi bundle prajualan empat tiket dan RM50 untuk pembelian di pintu masuk, manakala tiket VIP berharga RM100.

Maklumat lanjut mengenai acara dan tiket boleh didapati menerusi “laman rasmi LahLahLand” (https://reference-url-citation.invalid/0).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat