Pas ada kekuatan berdiri sendiri, sedia bantu rakan taawun selairan, tidak ekstrem

KUALA LUMPUR – Pas berkeupayaan berdiri sendiri dan siap siaga membantu rakan taawun yang sealiran dan tidak ekstrem.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat Tan Sri Annuar Musa berkata, Insya-Allah Pas bersedia memilih apa jua pendekatan yang bakal di putuskan pimpinan.

“Alhamdulillah semalam selesai Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat (JPP) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPP Pusat Datuk Seri Sanusi Md Nor.

“Perbincangan tertumpu pada kesiapsiagaan dan strategi parti menuju PRU Negeri Melaka.

“Pas bersedia memilih mana jua pendekatan yang bakal di putuskan pimpinan. Pas berkeupayaan berdiri sendiri dan siap siaga membantu rakan taawun yang sealiran dan tidak ekstrem.

“Yang penting bagi Pas ialah istiqamah berjuang membawa nilai dan budaya politik yang lebih baik berpandukan Islam,” kata Annuar.

Menurut Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu lagi, Melaka wajar sesuatu yang lebih baik.

“Melaka deserves better.

“Politik yang utamakan penyatuan, amanah, integriti,keadilan serta progresif. Rakyat wajib didahulukan dan budaya penyelewengan, rasuah,salah guna kuasa serta penindasan perlu dihentikan,” tegas Annuar lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat