Bayi lahir 2026 dijangka hidup selama 75.5 tahun – Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR – Bayi yang dilahirkan pada 2026 secara purata dijangka hidup hingga 75.5 tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Jadual Hayat Ringkas Malaysia 2024-2026 yang dikeluarkan hari ini, secara purata bayi perempuan dijangka hidup hingga 78.1 tahun, iaitu 4.9 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki pada 73.2 tahun.

“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri untuk tempoh 2024 hingga 2026 dicatatkan di Selangor, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat terendah bagi tempoh sama.

“Terdapat tiga negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional pada 75.5 tahun pada 2026,” menurut jabatan itu.

Tiga negeri berkenaan adalah Selangor (78.2 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (77.3 tahun) dan Wilayah Persekutuan Labuan (77.0 tahun).

Menurut DOSM, jangkaan hayat ketika lahir pada 2019 meningkat 0.4 tahun berbanding 2016.

Jangkaan hayat lelaki meningkat 0.4 tahun daripada 72.1 tahun kepada 72.5 tahun, manakala jangka hayat perempuan juga meningkat 0.4 tahun.

“Bagaimanapun, jangkaan hayat ketika lahir pada 2022 menurun sebanyak 0.9 tahun dengan jangkaan hayat lelaki menurun sebanyak 1.0 tahun dan perempuan sebanyak 0.8 tahun berbanding 2020.

“Pada 2026, jangkaan hayat ketika lahir mencatatkan peningkatan sebanyak 1.5 tahun berbanding 2023.

“Peningkatan jangkaan hayat ini disebabkan jumlah kematian yang menurun bagi tempoh 2023 hingga 2026 berbanding 2020 hingga 2022 yang mana berlakunya lebihan kematian semasa pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Lelaki yang mencapai umur 15 dan 60 tahun pada 2026, masing-masing dijangka hidup selama 59.0 tahun dan 18.9 tahun.

“Ini bermakna, lelaki yang berumur 15 dan 60 tahun pada 2026 masing-masing dijangka hidup sehingga 74.0 tahun dan 78.9 tahun.

“Sebaliknya, perempuan dalam kumpulan umur yang sama dijangka hidup selama 63.7 tahun dan 21.7 tahun lagi, iaitu dengan jangkaan hayat masing-masing 78.7 tahun dan 81.7 tahun,” menurut DOSM.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat