JIM serbu pusat hiburan tawar persembahan tarian golongan “sejenis”

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat lelaki warga asing kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini dalam satu Operasi Khas pada 26 September lepas  ke atas satu pusat hiburan dipercayai untuk golongan homoseksual.

JIM dalam satu kenyataan semalam berkata operasi berkenaan dijalankan di sekitar Jalan Klang Lama di ibu negara bermula pukul 12.05 tengah malam melibatkan pasykan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen dengan kerjasama pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“JIM berjaya menahan tiga lelaki warganegara China dan satu lelaki warganegara Filipina. Kesemua warga asing yang ditahan berumur antara 21 hingga 31 tahun,” katanya.

Modus operandi pusat hiburan ini menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan ‘sejenis’ dengan menyasarkan pelanggan warga tempatan dan warga asing di Lembah Klang, jelasnya.

“Bayaran yang dikenakan bermula dari RM53.00  hingga RM700.00 mengikut minuman dan tempahan meja oleh pelanggan.

“Pusat hiburan ini dipercayai telah beroperasi sejak tahun lalu,” katanya.

JIM berkata kesemua warga asing yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.

“Seramai tiga lelaki warga tempatan telah diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat