KUALA LUMPUR – Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan disembahyangkan selepas Asar di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.
Kemudiannya jenazah isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia hari ini di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.
Allahyarham Dr Hasmah, menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.


