Najib tidak mampu bayar denda RM50 juta untuk jalani tahanan rumah – peguam

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak tidak mampu membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat bagi membolehkannya menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah, kata peguamnya hari ini.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk melunaskan denda berkenaan.

“Setakat hari ini, Najib sendiri tidak mampu membayarnya… Dia tidak mampu membayarnya,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah, memetik laporan Harian Metro pada Jumaat.

Shafee berkata, akaun bank Najib dibekukan, termasuk akaun Affin Bank yang menurutnya digunakan untuk menerima gaji Najib sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.

Dalam perkembangan berkaitan, Shafee berkata, Najib tidak pernah meminta sumbangan awam bagi melunaskan denda RM50 juta berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat