Polis siasat konflik pentadbiran Negeri Sembilan dari pelbagai sudut – Menteri KDN

KUALA LUMPUR- Polis menyiasat kemelut pentadbiran dan institusi diraja Negeri Sembilan dari pelbagai sudut, susulan beberapa laporan polis yang dibuat berhubung isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis memberi tumpuan kepada usaha mencegah sebarang kejadian keganasan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

“Polis sudah mengambil langkah keselamatan pencegahan bagi memastikan tiada perhimpunan yang boleh membawa kepada pertembungan.

“Mereka melihat dari setiap sudut,” katanya tanpa mendedahkan tindakan yang sudah diambil polis ketika ini.

Ketika ditanya peruntukan undang-undang yang dilaksanakan bagi siasatan berkaitan isu itu, sama ada membabitkan Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan.

Saifuddin berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan sebelum menentukan sama ada kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, lapor Harian Metro pada Khamis.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan cubaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan Exco menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai biadab dan tidak bertamadun.

Katanya kenyataan itu menjelaskan sebarang cubaan untuk menyingkirkan seseorang pemerintah adalah perkara serius dalam sistem Raja Berperlembagaan Malaysia.

Sementara itu, usaha mendapatkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar mengulas peruntukan undang-undang bagi menyiasat kes berkenaan, setakat ini ia masih belum berhasil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat