Hantaran Facebook terkini Ketua Penerangan PAS sasar siapa?

KUALA LUMPUR – Susulan notis tunjuk sebab dan penggantungan dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke atas PAS dan Perikatan Nasional (PN), para pemimpin PAS bercampur-campur memberikan reaksi mereka.

Bagi Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari, hantaran terkini di laman Facebook dipercayai merujuk kepada isu itu.

“Kamu ada kuasa buatlah apa sahaja, segala agensi kerajaan kamu gunakan untuk menindas lawan, tapi ingatlah akan tiba masa kamu pula berada di bawah nanti,” katanya.

Bagi PAS, langkah ini dipercayai ada unsur tekanan politik disebabkan semalam adalah tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka berkuat kuasa dan ia sebagai langkah PAS tidak boleh menjalinkan kerjasama dengan sesiapa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Bagi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN ada agenda berniat jahat yang menjadikan PN mangsa daripada pihak-pihak dalam dan luar.

Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan PN yang diterajui PAS pada PRN Negeri Sembilan ke-16 sebelum ini telah membolehkan BN kembali menerajui kerajaan negeri kerana menang majoriti dua pertiga dengan kemenangan 25 daripada 36 kerusi DUN.

BN menang 18 kerusi manakala PN bersama PAS menang 7 kerusi dan Parti Wawasan Negara menang 3 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat