Zahid yang patut letak jawatan dan bukannya Anthony Loke – Naib Pengerusi DAP Johor

KUALA LUMPUR – Bagi Naib Pengerusi DAP Johor Senator Sheikh Umar Bagharib Ali, bukan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siow Fook yang perlu letak jawatan tetapi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang patut letak jawatan.

Beliau berkata ketika dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat (CEC) berbincang tentang pendirian parti berkaitan pengampunan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, ramai yang tidak setuju untuk Menteri Pengangkutan meletakkan jawatan.

“Sebenarnya ramai yang tak setuju sewaktu meeting CEC. Tetapi setelah berbincang, kami muafakat. Ambil keputusan secara kolektif.

“Bagi saya, sepatutnya Zahid Hamidi yang letak jawatan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi parti DAP.

Menurut beliau, Ahmad Zahid memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung UMNO, sedangkan beliau merupakan Timbalannya.

Beliau mempertikai polisi kerajaan, pertikai Budi95 sedangkan beliau dalam kabinet yang sama, beliau buat keputusan bersama-sama, kata Sheikh Umar Bagharib.

“Sewaktu banyak negara di dunia menghormati kepimpinan Anwar, Zahid memperlekeh dan memperbodohkan beliau.

“Bagi saya, sepatutnya Zahid yang letak jawatan, bukan Anthony Loke.

“Atau Anwar lucutkan Zahid, ganti dengan pemimpin UMNO yang lain, mungkin Khaled Nordin atau Johari Abdul Ghani,” katanya.

Menurut beliau, mereka lebih komited jaga nama baik kerajaan dan negara.

“Itu kuasa Anwar, Anwar boleh lakukannya,” katanya.

Pelbagai reaksi dari pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) hadir sejak dua tigam hari lepas mengkritik UMNO selepas UMNO dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu Najib untuk membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah seperti yang termaktub dalam keputusan Lembaga Pengampunan.

Pada 18 September lepas, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam keputusannya, Baginda memperkenan untuk Najib menghabiskan hukuman penjaranya di rumah selepas Najib membayar denda RM50 juta yang dikenakan dalam hukuman berkaitan kes SRC Intenational Sdn Bhd.

Semalam, Anthony mengumumkan selepas mesyuarat CEC untuk menawarkan dirinya untuk meletakkan jawatan dari kabinet Anwar sebagai Menteri Pengangkutan sebagai protes kepada UMNO atas pengampunan Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat