KUALA LUMPUR – Orang bercinta biasa akan minta bukti tanda cinta dan keikhlasan. Tapi kita orang politik, bukannya pasangan yang sedang bercinta sehingga perlu tunjuk bukti ikhlas.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga Exco Pertanian Terengganu Datuk Dr Azman Ibrahim sebaliknya menegaskan, kita sedang bekerja menjaga kepentingan negara, negeri dan rakyat.
“Keikhlasan bukan hanya boleh dibuktikan dengan satu tindakan sahaja. Ia dinilai melalui satu siri perjalanan yang panjang.
“Tak perlu kita bagitahu atau canang bahawa kita ikhlas. Biar khalayak yang menilai.
“Juga barang perlu diingat, jangan kerana nak tunjuk ikhlas sampai kita jadi bodoh,” katanya pada Selasa.



