Pemuda jangan malu memperjuangkan sisi nasionalis Umno – Hafiz

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin mengingatkan sayap muda Umno supaya tidak bersifat apologetik dalam mempertahankan perjuangan parti.

Tegas beliau, Kesalahan perwatakan Melayu adalah pada kebisuannya apabila hak kita dipersoal dan dipadam sedikit demi sedikit.

“Jangan kita rasa malu memperjuangkan sisi nasionalis Umno.

“Apa sahaja jalan yang kita pilih selepas ini mestilah jalan yang menguatkan parti, menyatukan ummah dan membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

“Besar harapan rakyat untuk melihat negara yang stabil dan ummah yang bersatu. Di atas tangan kita, kalangan atasan yang memungkinkan harapan.

“Insya-Allah semoga apa sahaja yang dihadapkan kepada kita, kita dapat melaluinya dengan bersatu hati, dengan penuh sabar – agar kejayaan dapat kita kecapi bersama,” ujar beliau dalam ucapan laporan Setiausaha Pemuda Umno pada Khamis.

Hafiz mengingatkan, pertempuran Umno belum selesai.

“Benar, kita menang pilihan raya negeri baru-baru ini. Kita raikan, kita sorakkan dan kita wajar merayakan kemenangan itu. We won the battles, but we have not won the war yet.

“Kemenangan diraih hari ini tidak pernah menjamin kemenangan kita untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita mesti terus cermat membaca perubahan sentimen rakyat dan dinamik politik negara yang berubah begitu pantas. Pemuda mesti memimpin era kebangkitan ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, memasuki medan politik menghampiri PRU akan datang, Pemuda telah mula membuat persiapan dengan menggerakkan MyUmno seawal Januari 2026, di peringkat negeri-negeri, termasuk memperkukuhkan pasukan war room dari peringkat negeri sehingga ke peringkat bawah.

Jelas Hafiz, taklimat bagi persiapan pilihan raya telah dilaksanakan di Johor, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

“Juga, Insya-Allah, kita akan melaksanakan satu retreat berimpak bagi mengumpulkan dan menggembleng seluruh kekuatan Pemuda dari setiap lapisan organisasi.

“Saya menyeru agar sidang perwakilan sekalian untuk bersiap sedia lebih awal. Ilmu bertempur dengan lawan mesti dalam genggaman kita.

“Ilmu memikat rakyat mesti sudah sebati. Ilmu mematahkan segala tohmahan dan fitnah lawan mesti kita kuasai. Kita harus faham medan termpur kita, kenal pengundi kita, tahu kekuatan kita. Kita juga mesti berani mengenal pasti dan mengakui kelemahan kita. Baiki kelemahan kita secepat mungkin, jangan berdolak – dalih.

“Oleh itu, dalam melangkah ke hadapan, kita semestinya menang bertempur dengan parti politik lain di medan perang pilihanraya umum akan datang.

“Kita mahu mendapatkan kepercayaan rakyat. Agar kita diberikan mandat untuk menggubal polisi dan dasar, demi melaksanakan agenda rakyat dan Bumiputera,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat