Umno tidak mahu keluar Kerajaan Madani kerana perlukan kuasa untuk tikaman efektif, beberapa pemimpin Umno “vulnerable” kepada tindakan mahkamah – Puad

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mendakwa salah satu sebab Umno tidak mahu “pull the plug” dari Kerajaan Madani kerana tanpa kuasa sukar melakukan tikaman belakang yang efektif.

Dakwa Puad lagi, lagi pun Datuk Seri Ahmad Maslan sedar beberapa pemimpin Umno adalah “vulnerable” kepada tindakan mahkamah.

Tegasnya, Kerajaan Pusat adalah imuniti untuk berlindung.

“Ahmad Maslan kata jika Umno “pull the plug”, Kerajaan Madani tidak akan stabil. Justeru katanya Umno kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal.

“Itulah hipokrasi pemimpin Umno. Kalau mahu kestabilan kenapa pakat dengan Perikatan Nasional (PN) di PRN Johor dan Negeri Sembilan? Bukan sedikit tetapi terlalu banyak serangan terhadap Kerajaan Pusat berlaku. Contoh, BN tidak ikhlas mempertahankan laporan RCI Tabung Haji. Kemesraan di Kabinet hanya lakonan Hollywood.

“BN akan terus menikam belakang di PRN Melaka sebelum PRU ke-16. Satu sebab mereka tidak mahu “pull the plug” kerana tanpa kuasa sukar melakukan tikaman belakang yang efektif. Lagi pun Ahmad Maslan sedar beberapa pemimpin Umno adalah “vulnerable” kepada tindakan mahkamah,” dakwanya.

Semalam, Ahli MKT Umno Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, Umno menegaskan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan akan dikekalkan sehingga akhir penggal bagi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran negara tidak tergugat, kata

Menurut beliau, tindakan Umno menarik diri daripada kerajaan berpotensi mencetuskan ketidakstabilan sekiranya diikuti parti-parti lain, khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Ujarnya, Umno ketika ini mempunyai kira-kira 30 kerusi Parlimen dan meskipun kerajaan masih mempunyai majoriti sekiranya parti itu keluar, keadaan boleh berubah sekiranya terdapat wakil rakyat atau parti lain turut mengambil langkah sama.

“Kalau kami keluar, kerajaan ini jatuh. Walaupun kami 30 kerusi, sekarang kerusi kerajaan 150. Kalau tolak 30, masih ada 120.

“Tetapi kalau kami keluar, mungkin ada orang lain lagi yang keluar. Mungkin ada daripada Sabah, daripada Sarawak mengikut jejak langkah kami.

“Kita tidak mahu memikirkan perkara itu. Kita ingin kestabilan hingga akhir penggal,” katanya.

Ahmad memberitahu, pendirian itu selari dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berulang kali menegaskan parti berkenaan akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

Katanya, pendirian tersebut turut dinyatakan semula dalam taklimat tertutup kepada ahli Parlimen baru-baru ini.

“Saya hanya ingin mengulangi kenyataan Presiden dalam taklimat tertutup baru-baru ini bahawa kita menyokong kerajaan ini hingga akhir penggal.

“Oleh itu, saya harap rakan-rakan di PKR melihat perkara ini. Kalau Umno keluar, kerajaan tidak stabil. Walaupun masih boleh bertahan, tetapi kalau ada daripada Sabah dan Sarawak yang keluar, kerajaan boleh jatuh,” katanya.

Menurut beliau, kestabilan Kerajaan Perpaduan penting bagi membolehkan kerajaan terus bergerak dan melaksanakan agenda untuk manfaat rakyat sehingga tamat penggal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat