Tidak boleh hanya mansuh AUKU, perlu ganti dengan undang-undang baharu

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak boleh hanya setakat dimansuhkan sahaja tetapi ia perlu diganti dengan perundangan baharu.

Pengerusi Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan berkata cadangan memansuhkan AUKU mesti dibincangkan secara serius dan teliti.

Katanya, akta itu bukan sekadar mengawal kebebasan dan disiplin mahasiswa, sebaliknya ia menjadi undang-undang induk berkaitan penubuhan serta pentadbiran institusi pengajian tinggi.

Sebarang langkah memansuhkan AUKU perlu disertai dengan perundangan baharu yang lebih baik dan komprehensif bagi
menggantikannya.

“Dengan pindaan itu, mahasiswa diizinkan menyertai politik, termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

“Ini kemudiannya membolehkan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Prabakaran Parameswaran bertanding dalam PRU14 di kawasan Parlimen Batu dan menang,” menurut kenyataan beliau.

Saifuddin berkata perkara berkaitan kebebasan mahasiswa perlu dilihat secara lebih menyeluruh kerana selain terdapat ruang kebebasan yang masih perlu diperluaskan, wujud juga masalah pengurusan sesetengah universiti yang bersifat drakonian.

Menurutnya, ada pihak pengurusan yang menyalahgunakan AUKU untuk membendung kebebasan mahasiswa dan perkara itu perlu dibetulkan melalui pihak pengurusan bukannya hanya dengan meminda AUKU.

“Ruang kebebasan mahasiswa perlu diperbaiki. Ini melibatkan pindaan AUKU. Manakala pengurusan universiti yang negatif perlu diperbetulkan. Ini tidak melibatkan pindaan AUKU,” katanya.

Saifudidn berkata kebebasan di universiti tidak seharusnya dilihat dari sudut mahasiswa sahaja kerana ia turut membabitkan kebebasan ahli akademik.

“Sebahagian daripada kandungan dan proses mencapai kecemerlangan akademik yang punya roh ini melibatkan soal kebebasan mahasiswa dan ahli akademik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan, AUKU bukan undang-undang yang hanya menguruskan kebebasan dan disiplin mahasiswa kerana ahli akademik turut tertakluk kepada undang-undang lain.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat