Jalaluddin makan tengah hari bersama MB Negeri Sembilan, jamin parti dan kerajaan negeri bergerak seiring

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias menepis semua cakap-cakap belakang yang mendakwa dirinya tidak berpuas hati dengan pelantikan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Adun Pertang itu hari ini berkongsi momen beliau meluangkan masa menikmati makan tengah hari dengan Ismail usai Mesyuarat Pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan bagi penggal baharu.

“Lunch bersama Menteri Besar hari ini. Selamat maju jaya Datuk dalam mentadbir negeri.

“Insya-Allah parti (Umno) dan kerajaan akan terus bergerak seiring, demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

“Masa untuk bekerja. Jalan terus! seru Jalaluddin yang juga Adun Jelebu itu di Facebook beliau pada Isnin.

Terdahulu Ismail memuat naik mesyuarat Exco Negeri Sembilan bagi penggal baharu telah berjaya dilaksanakan.

“Mesyuarat ini menjadi langkah pertama dalam menyusun gerak kerja pentadbiran Kerajaan Negeri serta menetapkan keutamaan dan hala tuju bagi memastikan segala amanah kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Seluruh barisan Exco dan jentera pentadbiran negeri akan bergerak sebagai satu pasukan, satu hala tuju dan satu tekad demi Negeri Sembilan yang lebih maju, stabil dan makmur,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat