Tun Faisal harap Hadi tunjuk fasal keanggotaan BERSATU tergugur automatik dalam PN

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berharap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya menunjukkan peruntukan dalam Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan keanggotaan BERSATU boleh tergugur secara automatik.

Tun Faisal berkata, berdasarkan penelitian beliau, tidak terdapat peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan PN.

“Kalau ada, elok Haji Hadi tunjukkan fasal mana, perkara berapa yang menyatakan keanggotaan BERSATU ‘tergugur secara automatik’. Mungkin Pengerusi PN juga boleh bantu Haji Hadi cari,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi berhubung kedudukan BERSATU dalam PN.

Menurut Tun Faisal, kemungkinan Abdul Hadi sebenarnya merujuk kepada Perlembagaan PAS apabila menyatakan seseorang yang menyertai parti lain akan menyebabkan keanggotaannya terlucut.

“Mungkin Haji Hadi sebenarnya merujuk Perlembagaan PAS, sebab dia sebut ‘perlembagaan kita pun bila orang masuk parti lain, maka keluarlah’.

“PN bukan PAS, dan PAS bukan PN. Perlembagaan PN tak sama dengan Perlembagaan PAS, dan cara mengurus PN tak sama macam cara mengurus PAS. PN bukan cawangan PAS,” katanya.

Tun Faisal turut mendakwa PAS sendiri sebelum ini mengambil beberapa tindakan yang mengetepikan BERSATU sebagai parti anggota PN.

Menurutnya, PAS memutuskan hubungan dengan BERSATU menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum BERSATU kemudiannya tidak dilibatkan dalam rundingan pembahagian kerusi bagi PRN Negeri Sembilan.

Beliau mendakwa BERSATU akhirnya bertanding dalam PRN Negeri Sembilan selepas tidak dilibatkan dalam rundingan berkenaan walaupun masih merupakan parti anggota PN.

“Setakat ini yang banyak langgar Perlembagaan PN ini PAS. Keputusan MT PN pun PAS langgar,” dakwanya.

Sehubungan itu, Tun Faisal meminta Abdul Hadi serta Pengerusi PN menjelaskan asas perlembagaan kepada dakwaan bahawa keanggotaan BERSATU dalam gabungan berkenaan boleh tergugur secara automatik.

“Kita tunggulah Haji Hadi dan Pengerusi PN tunjukkan fasal mana, perkara berapa. Kalau ada fasal itu, tunjukkan.

“Kalau tak ada, jangan pula direka-reka fasal baru,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat