Lapan Adun BN dan dua Adun PN angkat sumpah jawatan Exco Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada Jumaat.

Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, lapor Buletin TV3.

Komposisi barisan Exco berkenaan terdiri daripada lapan Adun Barisan Nasional (BN) dan dua Adun Perikatan Nasional (PN).

Adun Linggi Datuk Mohd Faizal Ramli (BN) dilantik sebagai Exco Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah

Adun Chembong Datuk Zaifulbahri Idris (BN) memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan.

Adun Palong Datuk Mustapha Nagoor (BN) dilantik sebagai Exco Pembangunan Belia dan Sukan.

Adun Chennah, Siow Kong Choon memegang portfolio Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Adun Labu Siti Nur Umaira Hasim (BN) pula dilantik sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Adun Lenggeng Datuk Mohd Asna Amin (BN) memegang portfolio Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital.

Adun Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN) dilantik sebagai Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, sementara Adun Gemencheh, Suhaimizan Bizar (BN) memegang portfolio Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO.

Adun Serting Mohd Fairuz Mohd Isa (PN) yang dilantik sebagai Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan serta Adun Sikamat

Datuk Razali Abu Samah (PN) yang memegang portfolio Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ismail Lasim (BN) memegang tiga portfolio iaitu Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan; Kewangan, Tanah dan Sumber Asli; serta Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan FELDA.

Pelantikan barisan Exco itu menyusuli pelantikan Datuk Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kesembilan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 2 Ogos lalu.

Pada PRN Negeri Sembilan lalu, BN dan PN yang menjalin persefahaman berjaya memenangi keseluruhan 25 daripada 36 kerusi DUN sekali gus merampas penguasaan kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat