Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Ketua Penerangan dan Bendahari letak jawatan

KUALA LUMPUR – Bersatu Terengganu hampir lumpuh apabila Datuk Razali Idris mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan negeri.

Bagaimanapun, Razali yang juga Exco Kerajaan negeri itu tidak mengulas punca meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak 10 tahun lalu.

Razali yang juga pengasas penubuhan Bersatu pada tahun 2016 sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu.

“Setakat ini pihak ibu pejabat parti termasuk Muhyiddin belum mengesahkan atau membuat keputusan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan itu,” katanya menurut BH di Marang.

Razali juga turut mengesahkan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang pada pertengahan bulan depan.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Adun Kijal berkata peletakan jawatan sebagai Ketua parti di Bahagian Marang akan berkuat kuasa pertengahan bulan depan disebabkan akan menyelesaikan pelbagai tugas parti di peringkat bahagian.

“Saya hanya meletakkan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan dan Ketua Bahagian, tetapi masih kekal sebagai ahli parti,” katanya.

Sementara itu, dua lagi pimpinan tertinggi Bersatu iaitu Adun Telemong Mohd Zawawi Ismail dan Adun Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan dan Bendahari parti.

Difahamkan, seorang lagi pemimpin tertinggi parti yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Khazan Che Mat juga akan mengikut jejak langkah Razali, Mohd Zawawi dan Mohd Husaini.

Khazan yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Nerus dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan negeri (DUN) enggan mengulas lanjut tetapi mengeluarkan ungkapan kiasan, jika kepala tiada, ekor akan mengikuti.

“Saya menyertai Bersatu pada 2016 atas pelawaan Razali, jika dia letak jawatan, buat apa saya nak terus memegang jawatan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat