Fahmi Fadzil ucap takziah, kenang Allahyarham Kamarool Yusoff sebagai legenda filem Melayu

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah atas pemergian pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff, sambil menyifatkan Allahyarham sebagai legenda yang meninggalkan kesan besar dalam dunia perfileman tanah air.

Menerusi hantaran di media sosial, Fahmi berkata peminat filem Melayu, khususnya era 1980-an, pasti tidak dapat melupakan watak Farouk yang dibawakan Allahyarham menerusi filem Gila-Gila Remaja.

Menurut beliau, lakonan berkesan Allahyarham menjadikan nama watak itu terus terpahat dalam ingatan peminat sehingga hari ini.

Fahmi turut mengimbau satu lagi watak ikonik Allahyarham sebagai Cik Man dalam filem Rock Ooo!, yang terus dikenang oleh pencinta filem tempatan.

“Seorang legenda yang telah meninggalkan kesan besar dalam dunia perfileman tanah air.

“Hari ini, kita menerima khabar duka… Kamarool Haji Yusoff yang turut dikenali ramai sebagai Cik Man menerusi lakonan ikoniknya dalam Rock Ooo!, telah kembali ke rahmatullah,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham merupakan anak seni yang amat disegani bukan sahaja dalam industri lakonan, malah oleh seluruh pencinta seni tanah air.

“Terima kasih Farouk/Cik Man kerana telah mewarnai dunia seni dan mencipta begitu banyak kenangan indah buat generasi demi generasi.

“Jasa, sumbangan dan karyamu akan terus hidup dalam ingatan kami,” katanya lagi.

Fahmi turut mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.

“Tenanglah dikau di negeri abadi. Al-Fatihah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat