BN tidak khianat PH, Kerajaan Perpaduan hanya kerjasama bukan kontrak sampai mati – Khaled Nordin

PORT DICKSON – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan adalah tidak wajar sekiranya Barisan Nasional (BN) dilabel mengkhianati kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di bawah payung Kerajaan Perpaduan apabila menjalin persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Khaled yang juga Naib Presiden Umno menegaskan Kerajaan Perpaduan yang diasaskan oleh BN dan PH hanyalah sekadar kerjasama yang dipersetujui membentuk Kerajaan Pusat, kesepakatan itu bukan satu tandatangan yang mengikat kontrak sampai mati.

“Saya percaya bila ada pilihan raya, pertamanya apabila kita wujudkan kerajaan di peringkat Pusat, itu adalah satu kerjasama yang dipersetujui, ditandatangani untuk membentuk Kerajaan Pusat, itu bukan satu tandatangan yang kontrak sampai mati.

“Ia hanyalah satu tandatangan bertujuan untuk mewujudkan kerajaan di peringkat Pusat, dan sepatutnya tidak mengikat dan seharsunya kita sedia maklum faham keadaan (selepas PRU15) memaksa kita untuk bersama.

“Dan kita bersetuju untuk bersama menyelamatkan negara supaya mempunyai kerajaan, dan apabila ada masa untuk kita balik ke rakyat… untuk rakyat buat keputusan maka atas sebab itulah pelbagai parti menawarkan diri untuk balik ke rakyat dan biarlah rakyat buat keputusan,” jelas Ahli Parlimen Kota Tinggi itu.

Khaled berkata demikian ketika ditemui media selepas program kesejahteraan warga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Sirusa, Port Dickson pada Ahad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat