BN tidak setuju cadangan Hamzah

PEDAS – Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat untuk menubuhkan gabungan politik baharu bersama Perikatan Nasional (PN) sebaliknya kerjasama ini hanya persefahaman bagi menghadapi pilihan raya bukannya kolaborasi politik.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terserah kepada Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menggelarkan kerjasama penyatuan ummah antara BN-PN sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN) namun di pihak BN ia cuma sekadar persefahaman bukannya gabungan politik baharu.

“Dia (Hamzah) nak cakap apa, cakaplah. Kita tak ada apa-apa, kita bukan nak buat satu gabungan.

“Barisan Nasional tidak ada intention, tidak ada hasrat untuk membuat satu gabungan yang lain. Gabungan kita hanya Barisan Nasional.

“Kita mengharungi pilihan raya ni dengan menjalankan persefahaman. Kita tidak ada kolaborasi apa-apa… Jadi dia, parti dia, kita, parti kita.

“Tetapi ada persefahaman di mana kita nak melihat supaya tidak adanya perpecahan dari segi undi orang Melayu itu sendiri.

“Pada ketika ini… selaku Timbalan Presidenlah, saya tidak ada rasa ataupun ada jangkaan bahawa akan ada kolaborasi baru yang akan dilakukan oleh BN.

“Kita cuma mengadakan persefahaman untuk mengharungi pilihan raya ini,” jelas Menteri Luar Negeri itu dalam sidang media selepas program santai bersama Tok Mat Hasan di PDM Kampung Tengah, pada Khamis.

Pada 22 Julai lalu, Hamzah mencadangkan persefahaman antaran PN dan BN pada PRN Negeri Sembilan ke-16 dikenali sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN).

Kata Hamzah, penggunaan nama itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat berhubung kerjasama kedua-dua gabungan politik berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat