Geram dan marah dengan Pas berselirat muslihat, Bersatu rasa dizalimi – Tun Faisal

SEREMBAN – Pas sebagai sebuah parti yang berasaskan perjuangan Islam sepatutnya bersikap lebih baik bukannya berselindung di sebalik muslihat, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Calon Bersatu Dun Sikamat itu juga mengakui geram dan marah dengan sikap Pas yang membelakangkan Bersatu dalam rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Sebenarnya rasa geram dan marah. Sebab sewajarnya sebagai parti yang asasnya adalah perjuangan Islam, sikap Pas sepatutnya lebih baik daripada ini. Tidak ada muslihat-muslihat yang pada saya dah tak berapa ikut ajaran Islam, jadi kalau kata kita tak boleh bersama sebenarnya sepatutnya kita rundinglah cara yang baik macam mana supaya tidak ada pihak yang dizalimi dan menzalimi macam rundingan kerusi sebenarnya. Okeylah, kalau kita tidak diajak untuk berunding daripada awal, tidak mengapa.

“Mungkin kita tak boleh bersama. Tapi bila naratif selepas itu adalah, kalau disebabkan oleh Bersatu nak bertanding dalam PRN Negeri Sembilan ini, kami (Bersatu) dianggap anti penyatuan umah, kami sebenarnya hendak menjatuhkan penyatuan Islam, jadi kacau daun bahkan dituduh menjadi agen kepada Pakatan Harapan (PH) ini tuduhan-tuduhan yang tak betul.

“Yang menjadikan kita terpaksa bertanding bawah logo Bersatu ini adalah tipu helah yang dibuat sepanjang tempoh kita nak berunding kerusi ini.

“Sampai saat akhir apabila kita tidak dilibatkan dalam perundingan dan tak ada bayang-bayang bahawa kerusi akan diagihkan kepada Bersatu. Janganlah tuduh macam-macam pula.

“Jadi kalau kata kita ini, tidak menegakkan agenda penyatuan Islam, penyatuan Melayu, Parti Bersatu adalah parti Melayu-Islam yang lebih jelas ideologinya berbanding Wawasan.

“Parti Bersatu juga adalah parti Melayu Islam yang jauh lebih besar daripada Parti Wawasan dan juga merupakan salah satu yang terbesar antara tiga parti inilah dalam negara ini. Sepatutnya rundingan-rundingan lebih baiklah melibatkan kita kalau agenda penyatuan Islam itulah yang kita nak capai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tun Faisal berpendapat penyatuan Umno dan Pas tidak mempunyai asas yang kukuh dan bukannya membawa agenda penyatuan ummah.

“Umno tidak percaya kepada Pas. Pas pun tidak percaya kepada Umno.

“Yang ini, kita boleh nilai sebagai kenyataan Presiden Pas dan Presiden Umno sendiri. Masing-masing. Sampai satu peringkat, kita rasa mereka bersama ini atas kepentingan politik semata-mata. Jadi bukan atas penyatuan Islam.

“Kalau betul penyatuan Islam, mereka tidak akan ambil tindakan untuk meninggalkan salah satu parti menurut Islam yang besar. Mereka akan include kita, bawa kita berunding bersama, agih dan kerusi bersama-sama. Itu baru kaedah yang betul,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat