Larian MAPPA 2026 Wilayah Utara, tarik 2,000 peserta budayakan gaya hidup sihat

Oleh Zihan Zari

SUNGAI PETANI – Bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam,
seramai 2,000 peserta daripada Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis telah menyertai Larian MAPPA 2026 Wilayah Utara di Dataran Zero, dekat sini baru-baru ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan berkata, Larian MAPPA memperkukuh komitmen JPA sebagai asas melahirkan pegawai awam yang produktif, berdaya tahan dan mampu menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Penganjurannya bukan sekadar acara sukan,
malah menjadi pemangkin kepada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-21 (MAPPA XXI) yang akan berlangsung pada Ogos depan.

“Program ini menggalakkan amalan hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memperkukuh kesejahteraan mental dalam kalangan pegawai awam, selaras dengan prinsip H.E.M.A.T. yang menekankan pembangunan modal insan sektor awam yang sihat, produktif dan berdaya tahan, ”kata kenyataan itu.

“Larian MAPPA 2026 menawarkan kategori 5KM Fun Run dan 3KM Fun Walk, turut menghimpunkan peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

“Sambutan yang memberangsangkan ini
membuktikan bahawa usaha membudayakan gaya hidup sihat mampu diperkasakan melalui kerjasama erat antara kerajaan dan komuniti, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan ke arah masyarakat yang lebih aktif dan sejahtera,”katanya.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik sebelum pelepasan rasmi peserta yang telah disempurnakan oleh EXCO Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, serta Belia dan Sukan Kedah,
Hj. Muhammad Radhi Mat Din.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz; Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Hjh. Sharifah Norulasyikhah Syed Mohamad.

“Selain larian, program turut dimeriahkan dengan reruai pameran dan Jualan
Rahmah MAPPA XXI yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan serta rakan strategik.

“Pengisian ini memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perkhidmatan kerajaan secara langsung, di samping mengeratkan hubungan antara institusi kerajaan dan rakyat melalui pendekatan yang lebih mesra, inklusif serta responsif, ”katanya lagi.

Ujarnya, penganjuran Larian MAPPA 2026 Wilayah Utara membuktikan bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan sekadar digerakkan melalui dasar dan polisi, malah turut diperkukuh melalui pembentukan warga perkhidmatan awam yang sihat, produktif dan berdaya tahan.

“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, JPA akan terus memperluas inisiatif yang memperkukuh kesejahteraan pegawai awam sebagai pemangkin kepada penyampaian
perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap dan berimpak demi kesejahteraan rakyat,”ujar kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat